• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Mungkin Saingan Sengit BN Di Kubang Pasu

oleh Ahmad Albab
28/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUBANG PASU – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharum, yakin BN dapat mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berdasarkan sikap penyokong yang setia dan jelas dengan perjuangan parti itu.

Mohd Johari yang juga penyandang kerusi itu, berkata pertandingan tiga penjuru bagi merebut kerusi parlimen berkenaan bukanlah sesuatu yang menggusarkani BN, memandangkan jentera parti terus komited bekerja memastikan kemenangan parti.

“PKR sebelum ini bergantung kepada kekuatan PAS, dan sekarang mereka sudah berpecah. BN dan PAS jelas dengan apa yang diperjuangkan…sekali BN tetap BN dan begitu juga PAS, mereka tidak akan ubah. Parti yang lain-lain itu tidak jelas perjuangannya.

“Sebab itu saya kata, kita (BN) dari dulu memang berkhidmat, rakyat tahu menilai antara wakil rakyat yang bekerja dan tidak bekerja. Jika ada persaingan sengit pun mungkin daripada PAS,” katanya selepas proses penamaan calon Parlimen Kubang Pasu di pusat penamaan calon di Dewan Tunku Anum, Pejabat Daerah Kubang Pasu, Jitra, di sini hari ini.

Mohd Johari, 64, mencabar Datuk Amiruddin Hamzah (PKR-PPBM) dan Norhafiza Fadzil (PAS).

Mengulas lanjut, Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Pertahanan menyifatkan kehadiran bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra tidak memberi kesan yang besar kerana beliau bertukar dari DUN Ayer Hitam ke Jitra disebabkan tidak yakin mampu mendapat sokongan di Ayer Hitam.

“Mukhriz bukan seperti pemimpin BN lain yang bermula dari bawah, bekerja dan berkhidmat dengan pengalaman. Beliau masuk ke Kubang Pasu ini juga bukan hendak bekerja dengan betul tetapi mengejar jawatan sahaja selain merasakan mampu dapat sokongan kerana di sini dulu tempat bapanya Tun Dr Mahathir,” katanya.

DUN Jitra menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mukhriz (PKR-PPBM), calon BN Datuk Aminuddin Omar dan Zulhazmi Osman (PAS).

Satu lagi DUN dalam Parlimen Kubang Pasu, Bukit Kayu Hitam turut menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Datuk Ahmad Zaini Japar (BN), Halimahton Saadiah Saad (PKR-PPBM) dan Habshah Bakar (PAS).

Pada PRU13, Mohd Johari mengalahkan calon PAS Mohd Jamal Nasir (PAS) dengan majoriti 10,444 undi .

Bagi DUN Bukit Kayu Hitam, calon BN Ahmad Zaini menang dengan majoriti 7,873 undi menewaskan Nasrul Omar Che Mansor (PKR) manakala DUN Jitra dimenangi Aminuddin (BN) dengan 3,056 undi mengalahkan calon PAS Rohani Abd Muttalib (PAS). – BERNAMA

Tags: BNPASPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor tetap dengan keputusan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd