• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adnan Yaakob Dicabar 2 Bekas Guru Di Pelangai

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berdepan dua bekas guru dalam usahanya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

Adnan, 68, yang menyandang kerusi itu sejak 1986, ditentang calon PAS Zaharim Osman, 61 dan Norhaizan Abu Hassan, 59 yang bertanding di bawah tiket gabungan pembangkang PKR.

Pencalonan mereka diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya kawasan Datuk Azhar Arshad di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Pada PRU13, Adnan menewaskan calon PAS Abdul Hamid Bahatim dengan kelebihan 2,475 undi.

Sementara itu, DUN Sabai menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon BN Pengerusi MIC Pahang Datuk R. Goonasegaran, penyandang Kamache Doray Rajoo (DAP), Mohd Khairuddin Abdullah (PAS) dan calon Bebas T. Karunaneethi.

Dalam pada itu, proses penamaan calon bagi DUN Ketari kecoh sedikit apabila apabila calon gabungan pembangkang Young Syefura Othman (PKR-DAP) dan calon PAS Roslan Md Esa mempertikaikan kelayakan calon BN Datuk Lau Hoi Keong atas alasan kad pengenalan Lau tidak beralamat di Pahang.

Bagaimanapun, Azhar pada pengumuman yang dibuat pada 12.05 tengah hari memutuskan semua calon yang mengisi borang pencalonan bagi DUN Ketari adalah layak untuk bertanding.

Di DUN Bilut, penyandangnya Lee Chin Chen daripada DAP yang kini bertanding di bawah logo PKR dicabar Poo Moon Hong (BN-MCA) dan Mohd Zamri Nong (PAS). – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

12/10/2026
0

GERIK - Seorang anak muda dari Kampung Bandariang, Gerik, Perak yang sanggup bekerja di kilang demi mengumpul wang untuk melanjutkan...

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Permohonan Perikatan Nasional (PN) bagi mengenepikan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung semua kegiatan gabungan politik itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd