• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir 500,000 Akaun Pendeposit TH Tidak Aktif

oleh Ahmad Albab
25/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hampir 500,000 akaun pendeposit Tabung Haji (TH) yang membabitkan jumlah simpanan sebanyak RM62.8 juta diklasifikasi sebagai ‘akaun tidak aktif’ mulai 1 Jun 2018.

TH dalam satu kenyataan berkata, kesemua akaun itu tidak melakukan sebarang transaksi melebihi tujuh tahun berturut-turut.

“TH menasihati para pendeposit untuk mengaktifkan akaun masing-masing dengan melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi simpanan atau pengeluaran wang di mana-mana cawangan TH, kaunter atau transaksi dalam talian rakan strategik TH sebelum 31 Mei 2018.

TH turut menyatakan pengemaskinian maklumat pendeposit seperti alamat, nombor telefon dan penamaan waris penting untuk memudahkan TH menghubungi bakal haji atau wairs untuk urusan surat penghantaran tawaran haji dan pengurusan harta.

“Sekiranya pendeposit tidak dapat dihubungi, berkemungkinan bakal haji akan terlepas giliran haji pada tahun berkenaan dan perlu menunggu giliran tahun berikutnya untuk mengerjakan ibadah haji,” jelasnya.

TH memohon supaya pendeposit atau anak di bawah jagaan yang kehilangan buku akaun datang ke mana-mana cawangan TH dengan membawa kad pengenalan atau sijil kelahiran bagi tujuan semakan, penggantian buku baharu dan kemas kini maklumat.

Sebarang pertanyaan berkaitan akaun tidak aktif atau perkhidmatan, orang ramai boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 03-62071919. – BERNAMA

Tags: PendepositTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Defisit Meningkat Kepada RM13.2 Bilion: ‘Pelan Pemulihan Tabung Haji Ibarat Tikus Membaiki Labu”

Defisit Meningkat Kepada RM13.2 Bilion: ‘Pelan Pemulihan Tabung Haji Ibarat Tikus Membaiki Labu”

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa mempersoalkan mengapa pelan pemulihan Tabung Haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd