• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Timbalan Presiden PAS Bertanding Di Kubang Kerian

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – PAS mengumumkan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian, Kelantan dan Mursyidul Amnya, Hashim Jasin akan bertanding di kerusi Parlimen Arau, Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengumuman kedua-dua calon Parlimen tersebut dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapannya pada Program Jelajah Presiden PAS di Seksyen 18 di sini, malam ini.

Turut hadir pada program tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi yang mengumumkan enam calon daripada Gagasan Sejahtera akan bertanding di dua kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Dua calon kerusi Parlimen itu adalah Brigedier Jeneral (B) Datuk Hashim Abdul Karim (Selayang) dan Mohd Shahir Mohd Adnan (Subang).

Empat calon kerusi DUN pula adalah Datuk Lim Ying Ran (Kinrara); Datuk Seri David Sew Kah Heng (Bukit Gasing); Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman (Subang Jaya) dan G. S. Santokh Singh (Pandamaran).

Sallehen juga mengumumkan kerusi DUN Ijok akan ditandingi PAS menerusi calonnya, Jefri Mejan.

Pengumuman tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kerusi ditandingi PAS bersama Gagasan Sejahtera adalah 21 daripada 22 kerusi Parlimen dan 51 daripada 56 kerusi DUN di negeri berkenaan.

Dalam pada itu, Sallehen memberitahu berlaku pertukaran calon di Parlimen Bangi dan kerusi DUN Sungai Ramal daripada yang diumumkan sebelum ini.

“Mohd Shafie Ngah yang diumum bakal bertanding di kerusi Sungai Ramal akan bertukar ke Parlimen Bangi manakala Nushi Mahfodz di Parlimen Bangi akan jadi calon di DUN Sungai Ramal,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

12/10/2026
0

GERIK - Seorang anak muda dari Kampung Bandariang, Gerik, Perak yang sanggup bekerja di kilang demi mengumpul wang untuk melanjutkan...

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Permohonan Perikatan Nasional (PN) bagi mengenepikan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung semua kegiatan gabungan politik itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd