• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Suami Isteri, Rampas Dadah RM1.55 Juta

oleh AK-47
23/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN — Polis Pahang berjaya menumpaskan cubaan pengedaran dadah terbesar di negeri ini berikutan kejayaan merampas dadah bernilai RM1.55 juta selepas menahan sepasang suami isteri di Tanjung Lumpur di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab. Rahman berkata pasangan suami isteri itu, yang berumur 31 dan 30 tahun dari Terengganu, ditahan di rumah sewa mereka pada 10.05 pagi.

“Setelah menerima maklumat, polis menyerbu kediaman pasangan berkenaan dan menemukan empat bungkusan plastik yang disyaki dadah jenis syabu seberat 4.15kg dan tujuh balutan mampat yang mengandungi 36,000 biji pil kuda yang dianggarkan seberat 4.08kg.

“Keseluruhan rampasan itu dianggar bernilai RM1.55 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang di sini, hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas selaras senapang angin berbinokular yang dipercayai dibeli oleh suspek dari dalam talian yang bernilai RM1,100, sebuah kereta pacuan empat roda jenis Triton, sebuah kereta jenis Suzuki Swift dan sebuah motosikal Yamaha.

Selain itu, polis turut merampas barang kemas, wang tunai berjumlah RM6,707 dan sebuah komputer riba yang kesemuanya bernilai RM211,287.

Rosli berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mula ‘berjinak-jinak’ menjadi pengedar dadah di sekitar Kuantan dan Kemaman.

“Ujian air kencing mendapati kedua-kedua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,”katanya.

Rosli berkata pihak polis akan membuat siasatan lanjut bagi mengenal pasti sumber bekalan yang diperoleh suspek dan rangkaian pengedaran yang terlibat.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama enam hari sehingga 26 April depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati bagi pemilikan dadah dan dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya bagi pemilikan senjata api. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Rosli Ab Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6,527 Anggota Polis Kawal Ketenteraman Di Pahang

08/05/2018
0

KUANTAN - Seramai 6,527 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditugaskan untuk mengawal ketenteraman dan keselamatan di seluruh...

Reman Anggota Polis, Rakan Tembak Peniaga Dilajut

06/12/2017
0

KUANTAN - Tempoh tahanan reman ke atas tiga suspek termasuk dua anggota polis yang disyaki terlibat jenayah samun dan tembak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd