• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Muka Baharu Dominasi Calon BN Selangor

oleh Ahmad Albab
24/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Lebih dua pertiga daripada calon Barisan Nasional (BN) Selangor terdiri daripada muka baharu yang dipertaruhkan untuk memperkukuh misi merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang berbaki kira-kira dua minggu lagi.

Kesemua 57 calon baharu daripada keseluruhan 78 calon bagi 22 kerusi Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dinamakan untuk bertanding di 14 kerusi Parlimen dan 43 kerusi DUN pada 9 Mei ini.

Antara muka baharu yang dicalonkan ialah Ketua Wanita MIC, Datuk M. Mohana yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Kapar dan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari yang akan bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.

Turut disenaraikan untuk bertanding buat julung kalinya ialah ​​​​Anggota Dewan Negara, Megat Zulkarnain Omardin yang akan bertanding di DUN Gombak Setia, Ketua Penerangan BN Selangor, Datuk Zein Isma Ismail (DUN Paya Jaras).

Ketua Wanita UMNO Bahagian Shah Alam, Jumaeyah Masdi (DUN Kota Anggerik); setiausaha politik menteri pengangkutan, Kang Meng Fuat (Parlimen Selayang); Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Selangor, Khairul Anuar Saimun (DUN Meru); peguam Imran Tamrin (DUN Sungai Panjang) dan arkitek muda, Lee Yee Yuan (DUN Sekinchan).

Selain calon muka baharu, BN Selangor turut menyenaraikan gandingan muka lama terdiri daripada penyandang yang dikekalkan, selain calon yang dinamakan semula serta calon yang membuat penampilan semula bagi pilihan raya umum kali ini.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar selepas majlis pengumuman calon BN di Bangunan UMNO Selangor, di sini hari ini, berkata seramai lima penyandang kerusi Parlimen dan sembilan penyandang kerusi DUN dikekalkan dalam senarai kali ini.

Katanya beliau sendiri akan mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang, Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam); Budiman Mohd Zohdi (Sungai Besar), Datuk P. Kamalanathan (Hulu Selangor) dan Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim (Kuala Selangor).

Sementara sembilan penyandang kerusi DUN ialah Datuk Rosni Sohar (Hulu Bernam); Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan (Batang Kali); Datuk Mohd Shamsudin Lias (Sungai Burong); Datuk Sulaiman Abd Razak (Permatang); Jakiran Jacomah (Bukit Melawati); Datuk Abdul Shukur Idrus (Kuang); Datuk Johan Abd Aziz (Semenyih) dan Datuk Halimaton Saadiah Bohan (Kota Damansara); Shahrum Mohd Shariff (Dengkil).

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Amiruddin Setro pula digugurkan sementara Budiman hanya bakal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Besar dan melepaskan kerusi DUN Sungai Panjang. – BERNAMA

Tags: BN SelangorPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

PRU15: BN Selangor Tidak Gentar Hadapi Calon Profil Tinggi PH

PRU15: BN Selangor Tidak Gentar Hadapi Calon Profil Tinggi PH

28/10/2022
0

KUALA SELANGOR : Barisan Nasional (BN) Selangor tidak gentar atau tergugat menghadapi calon berprofil tinggi Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd