• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mehmet Kecewa Perak Gagal Ke Separuh Akhir

oleh Ahmad Albab
22/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pengendali Perak, Mehmet Durakovic sedikit kecewa tetapi enggan meletakkan kesalahan individu sebagai punca yang menyebabkan pasukan The Bos Gaurus sekadar terikat 2-2 menentang PKNS dalam aksi suku akhir kedua Piala FA 2018, di Stadium Perak malam tadi.

Beliau berkata, anak buahnya telah menunjukkan permainan terbaik namun deretan peluang yang diperoleh gagal diterjemahkan ke dalam gawang gol lawan untuk menghasilkan kemenangan.

“Kita mendominasi perlawanan, mendapat banyak peluang untuk menjaringkan gol terutama melalui sepakan percuma dan sepakan penjuru. Jika deretan peluang itu berjaya disudahkan sudah tentu suasana perlawanan akan berubah.

“Memang sukar untuk menerima keputusan ini tetapi kesungguhan yang ditunjukkan para pemain pada perlawanan ini terutama pada separuh masa kedua, sedikit sebanyak menggembirakan saya,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Stadium Perak sejurus selesai perlawanan, di sini, malam tadi.

Terdahulu, keputusan seri 2-2 yang dicatatkan kedua-dua pasukan itu menyaksikan PKNS FC layak ke peringkat separuh akhir dengan agregat 4-3 selepas mencatatkan kemenangan 2-1 dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Shah Alam, 7 April lepas.

Katanya, kekalahan tersebut akan dijadikan iktibar bagi memastikan kesalahan sama tidak diulangi khususnya dalam kempen Liga Super dan Piala Malaysia.

Sementara itu, jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagopal berkata meskipun kemenangan gagal digapai namun keputusan seri 2-2 yang dicatatkan sudah cukup melayakkan pasukan dari Lembah Klang berkenaan mengisi slot ke peringkat separuh akhir.

Katanya, barisan pemain pasukan berstatus kelab itu juga wajar diberikan kredit kerana berjaya menyerap tekanan selain mengekang asakan yang diketuai awang import Perak, Gilmar Dos.

“Walaupun beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Perak, para pemain tidak gugup dan beraksi sepertimana yang diarahkan. Paling penting kami ke sini untuk meraih keputusan terbaik dan layak ke separuh akhir,” katanya.

Dalam pada itu, Rajagopal yang juga bekas jurulatih kebangsaan menegaskan kelebihan dua gol yang dimiliki pasukannya di awal separuh masa kedua menyebabkan Perak tertekan untuk mencari kemenangan selesa.

“Daripada kelebihan dua gol itu, saya arahkan pemain untuk bertenang dan jangan terlalu kerap untuk melakukan serangan ke kawasan gol lawan kerana ia mampu mengundang bahaya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Piala FAPKNS FC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

‘Hari Ini Bukan Hari Untuk Kita Pulang Ke Rumah Dengan Kepala Kita Ke Bawah’

25/08/2024
0

KUALA LUMPUR: Kata-kata semangat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi 'azimat' yang membawa...

JDT Pertahan Piala FA

JDT Pertahan Piala FA

22/07/2023
0

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum memastikan Piala FA berjaya dipertahankan buat dua musim berturut-turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd