• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Terengganu Umum Calon PRU14 Esok

oleh Ahmad Albab
21/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) Terengganu akan mengumumkan calon-calon yang akan bertanding di 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kerusi Parlimen di negeri ini pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar, Pengerusi BN Negeri dan Badan Perhubungan UMNO Negeri merangkap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman akan membuat pengumuman itu di kediaman rasminya di Seri Iman, dekat sini pada 10.30 pagi.

Ahmad Razif semalam mengumumkan akan bertanding dan mempertahankan kerusi yang disandangnya, iaitu DUN Seberang Takir pada PRU14.

Beliau turut mengesahkan beberapa nama calon lagi yang bakal bertanding di DUN dan Parlimen Kuala Nerus termasuk pakar motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, Datuk Basir Ismail, Tuan Arif Sahibul Fadilah Tuan Ahmad dan Che Mansor Salleh.

Ahmad Razif turut menunaikan janji BN negeri apabila turut mengemukakan calon wanita yang akan bertanding pada PRU kali ini iaitu Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang, Toh Puan Zaitun Mat Amin.

Turut bertanding, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail yang dicalonkan di Parlimen Kuala Terengganu.

Pada PRU13, BN berjaya membentuk kerajaan di Terengganu selepas memenangi 17 daripada 32 kerusi DUN dan menguasai empat daripada lapan kerusi Parlimen negeri itu. – BERNAMA

Tags: BN TerengganuPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd