• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Pemangkin Ekonomi Tingkat Taraf Hidup Rakyat

oleh AK-47
21/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan melaksanakan projek pemangkin ekonomi demi meningkatkan taraf hidup rakyat, dan bukannya seperti pembangkang yang ingin batal projek berkenaan semata-mata kerana agenda politik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pembangkang tidak memikirkan kesan terhadap ekonomi negara dan kepentingan rakyat sekiranya mereka membatalkan projek pemangkin ekonomi.

Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan Malaysia memerlukan projek-projek rangsangan ekonomi terutamanya di kawasan yang sedang membangun untuk melonjakkan ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.

Antara projek rangsangan ekonomi itu adalah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur–Singapura (HSR), Lebuhraya Pan Borneo, Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange, Transit Aliran Massa (MRT), Pengerang dan KL118, kata beliau.

“Ini kerana kerajaan berharap agar pembangunan dapat dirasai di seluruh negara dan oleh setiap lapisan masyarakat,” katanya dalam blog www.najibrazak.com. hari ini.

Bagaimanapun, Najib berkata pembangkang mahu mencantas projek-projek perangsang ekonomi tersebut sekiranya mereka memerintah negara.

Beliau berkata sekiranya projek pembangunan itu dibatalkan, sebanyak 2.2 juta peluang pekerjaan akan hilang termasuk pekerja mahir yang berpendapatan lebih RM3,000.

“Dengan membatalkan projek ECRL, negeri-negeri Pantai Timur tidak menerima pembangunan seiring dengan Lembah Kelang.

“Faktor ini menyebabkan pendapatan rakyat di Pantai Timur selama ini sukar ditingkatkan.

“Malah pelabur asing juga akan hilang kepercayaan kepada negara kita kerana sewenang-wenangnya membatalkan projek pembangunan yang menjadi kunci pembangunan ekonomi dan penambahan pekerjaan untuk rakyat Malaysia,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

06/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri itu dijadikan fokus kempen oleh Pakatan Harapan (PH)...

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong mendakwa MCA tidak seperti DAP yang lantang menyuarakan banyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd