• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Kelantan Lancar Manifesto Khamis Ini

oleh Ahmad Albab
18/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Barisan Nasional (BN) Kelantan akan melancarkan manifesto peringkat negeri sempena pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada Khamis ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata manifesto itu, yang telah dipersetujui Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, memberi tumpuan terhadap Islam dan dakwah, anak muda, tanah, kemudahan infrastruktur serta wanita.

“Kita yakin ia akan melonjakkan prestasi Kelantan,” katanya dalam sidang media di Pusat Media BN di sini, hari ini. Hadir sama Timbalan Pengerusi UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan pengerusi parti-parti komponen BN Kelantan.

Pelancaran manifesto di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini, yang pertama kali diumumkan secara terbuka dijangka dihadiri kira-kira 20,000 penyokong, katanya.

Mengulas mengenai calon pula, beliau berkata ia sudah dimuktamadkan pada peringkat negeri dan kini hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada Najib.

Ditanya mengenai ‘cah keting’ atau sabotaj yang mungkin berlaku kerana tidak berpuas hati dengan calon yang dikemukakan, Mustapa berkata pasukan yang diketuai Ahmad Jazlan telah ditubuhkan bagi memantau perkara itu.

“Pasukan itu juga akan menangani sebarang isu yang mungkin timbul (berkaitan calon) kerana ia akan mempengaruhi undi dan setiap undi amat penting bagi kita,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata BN Kelantan akan memberi fokus kepada pengundi bukan Melayu walaupun mereka bukanlah pengundi majoriti dalam sesuatu kawasan kerana ia turut memberi kesan kepada keseluruhan undian.

“Pengundi luar juga merupakan cabaran, kita namun kita akan pastikan kira-kira 20 peratus pengundi luar yang menyokong kita pulang untuk mengundi,” katanya. – BERNAMA

Tags: BNManifesto BN
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor tetap dengan keputusan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd