• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makkal Sakti Mahu Tanding 4 Kawasan Parlimen

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Berbeza dengan pendiriannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Parti Makkal Sakti tampak lebih bersemangat dan yakin menjelang PRU14 apabila menyuarakan hasrat untuk mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding di empat kawasan Parlimen.

Sehubungan itu, Presidennya Datuk Seri R.S. Thanenthiran berkata beliau menyerahkan kepada pimpinan BN untuk membuat keputusan dan tidak mahu memberikan sebarang tekanan.

“Kami ingin bertanding atas tiket BN dan telah pun menyatakan hasrat kami itu kepada kepimpinan BN… perkara ini diputuskan selepas 10 tahun kami menjadi rakan strategik BN. Jika diberikan peluang, kami ingin bertanding pada PRU kali ini.

“Kami mempunyai calon-calon yang berwibawa dan juga muka baharu,” katanya dalam temu bual di ibu pejabat Bernama di sini, hari ini.

Thanenthiran dalam pada itu turut mengingatkan parti-parti komponen BN agar mengetepikan sentimen kepartian dan menumpukan kepada usaha untuk memastikan kemenangan BN pada PRU14.

Katanya mereka seharusnya memberi kebebasan dan kepercayaan penuh kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih dan meletakkan calon yang diyakini boleh menang.

“ Semua (komponen) perlu berikan persetujuan supaya dapat memilih ‘winnable candidate’ dan dapat meyakinkan masyarakat bahawa mereka (calon-calon) benar-benar boleh buat kerja.

“ Parti komponen tidak perlu kecil hati atau merasa kerusi mereka ditarik hanya kerana selama ini mereka bertanding di kawasan tersebut. Pada akhirnya, yang akan menang ialah calon BN, bukan parti (komponen)… Ini yang lebih penting untuk kembalikan dua pertiga majoriti di Parlimen,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: Makkal SaktiPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd