• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

70% Peserta SL1M Berjaya Mendapat Kerja Tetap

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sebanyak 70 peratus peserta Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) berjaya mendapat pekerjaan tetap selepas tamat latihan menerusi skim latihan berkenaan.

Ketua Sekretariat SL1M Norashikin Ismail berkata sekiranya ada pelatih yang gagal memperoleh kerja tetap selepas tamat latihan itu mereka akan dibantu sekali lagi oleh pihaknya sehingga berjaya mendapat pekerjaan tetap berkenaan.

“Datang balik kepada SL1M, kita akan bantu lagi sehingga dia dapat kerja tetap, daripada SL1M TNB (Tenaga Nasional Berhad), pergi kepada SL1M Petronas, pergi ke SL1M Maybank, so dia tidak ada masalah sebab setiap kos itu ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Program Temuduga Terbuka SL1M Peringkat Zon Utara 2018 di Stadium Sultan Abdul Halim di sini hari ini yang disempurnakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Norashikin berkata kebiasaannya mana-mana peserta SL1M yang gagal mendapat kerja tetap setelah tamat latihan disebabkan diri sendiri yang bermasalah daripada segi sikap.

Terdahulu, dalam ucapan aluannya, beliau berkata seramai 144,440 peserta telah dibantu menerusi penglibatan secara langsung mahupun tidak langsung dengan program SL1M setakat Disember tahun lepas.

Program temuduga itu berlangsung selama dua hari bermula semalam dengan menawarkan lebih 9,000 peluang pekerjaan dan latihan kepada semua pencari kerja tanpa mengira latar belakang serta peringkat kelulusan.

Pihak syarikat yang mengambil bahagian dalam program itu menjalankan sesi temuduga secara on the spot kepada pencari kerja yang datang menghadiri temuduga berkenaan.

Program SL1M mula dilancarkan pada Jun 2011 untuk membantu graduan bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran mereka setelah tamat pengajian masing-masing. – BERNAMA

Tags: SL1M
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SL1M Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan

11/04/2018
0

KANGAR - Program pemadanan graduan dengan majikan menerusi Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) 2.0 akan meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan sebaik sahaja...

Pelajar Lulusan Tahfiz Boleh Ikuti Program SL1M

22/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelajar lepasan tahfiz boleh mengambil peluang menghadiri program outreach Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) 2018 yang dilaksanakan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd