Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

TM Melaka Catat 250,428...

MELAKA - Telekom Malaysia Bhd (TM) Melaka mencatat seramai 250,428 pengguna bagi rangkaian...

Jokowi Enggan Ampunkan Pengedar...

Jakarta - Presiden Jokowi semalam berikrar tidak memberikan pengampunan kepada pengedar dadah yang...

Sistem Pengurusan Senjata KDN...

JOHOR BAHRU - Sistem pengurusan senjata di sesetengah agensi di bawah Kementerian Dalam...

LRT Laluan Kelana Jaya...

PETALING JAYA – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan pemerhatian ke atas...

SL1M Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan

KANGAR – Program pemadanan graduan dengan majikan menerusi Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) 2.0 akan meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan sebaik sahaja mereka tamat pengajian.

Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata menerusi inisiatif itu juga, pihak universiti dapat melakukan pengukuhan dan pemerkasaan kurikulum agar dapat melahirkan graduan yang benar-benar sesuai dengan kehendak industri.

“SL1M banyak membantu graduan meraih ilmu dan pengalaman sebelum memasuki alam pekerjaan yang tetap dan skim pemadanan pelajar yang baharu ini lebih berstruktur dan pasti akan mendatangkan lebih manfaat kepada pelajar dan universiti.

“Pelajar akan mendapat lebih peluang pekerjaan setelah bergraduasi dan universiti pula dapat bergandingan lebih akrab dengan sektor industri yang bakal menjadi majikan pelajar,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata bantuan sekali beri RM1,500 kepada anak penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) juga sangat baik kerana dapat meringankan beban keluarga dalam melakukan persiapan untuk pengajian anak-anak mereka.

“Ada di antara keluarga terpaksa menjual tanah dan menggadai harta demi menyara keperluan perbelanjaan anak mereka dan inisiatif ini sangat tepat dengan keadaan itu,” katanya.


Sementara itu Zul Azhar Zahid turut menyokong pemberian kad diskaun khas pelajar bagi mengurangkan kos pengangkutan, perkhidmatan kerajaan dan pembelian barangan keperluan pendidikan.

Katanya, kemudahan itu dapat mengurangkan beban kewangan di samping mengelak tekanan sekali gus membolehkan pelajar belajar dalam suasana lebih selesa.

Manifesto BN yang diumumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak, merangkumi 26 inisiatif pendidikan, yang memberi tumpuan dalam aspek pemacuan modal insan dan kecemerlangan pendidikan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SL1M

Kategori