• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Kukuh Cengkaman Dahului Liga Super

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan cengkaman di persada liga setelah menang 3-0 ke atas kelab PKNS FC pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Kemenangan kelima tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan mengutip 15 mata selepas beraksi enam perlawanan setakat ini.

Tiga gol pasukan tuan rumah dijaringkan pemain import dari Argentina, Gonzalo Cabrera pada minit ke-13 dan ke-49 serta jaringan Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-66.

Dalam pada itu, Negeri Sembilan gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 1-1 menentang Kelantan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Pada aksi berkenaan, pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain import dari Brazil, Flavio Beck Junior seawal minit ketujuh perlawanan sebelum Nik Akif Syahiran Nik Mat menyamakan kedudukan untuk Kelantan pada minit ke-90.

Sementara itu, pendahulu Liga Premier, Felda United mengekalkan kedudukan teratas liga walaupun seri 1-1 menentang Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Pasukan pelawat, bagaimanapun berada di hadapan menerusi jaringan Wan Zack Haikal Wan Nor seawal minit kesembilan sebelum penyerang import dari Puerto Rico, Hector Omar Ramos Lebron menyelamatkan maruah Sabah menerusi sepakan penalti pada minit ke-34.

Pasukan MIFA pula mengutip tiga mata berharga di laman sendiri setelah menang bergaya 4-0 ke atas UiTM FC pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Empat gol pasukan tuan rumah dijaringkan L’Imam Seydi pada minit keempat dan penghujung babak pertama perlawanan, Kpah Sean Sherman (minit ke-65) dan Rajesh Perumal pada minit ke-73.

Pasukan Sarawak turut mengutip tiga mata penuh di laman sendiri setelah menang tipis 2-1 ke atas UKM FC pada aksi di Stadium Negeri Sarawak, Petra Jaya.

Dua gol pasukan tuan rumah dijaringkan Mateo Roskam pada minit ke-30 dan Mohammad Dzulazlan Ibrahim pada minit ke-45, namun UKM FC berjaya merapatkan defisit jaringan menerusi Kipson Atuheire pada minit ke-65. – BERNAMA

Tags: JDT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bola keranjang bakal menjadi projek...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd