• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Adnan Sedia Berdepan Sesiapa Sahaja Di Putrajaya

oleh Ahmad Albab
14/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau bersedia berdepan dengan sesiapa sahaja yang bakal bertanding di Parlimen Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Beliau berkata ini adalah kerana warga Putrajaya mengenali beliau dan tahu perkhidmatan yang telah diberikan olehnya dan kerajaan dalam menjamin kesejahteraan dan kepentingan rakyat.

“Sesiapa boleh datang bertanding di Putrajaya. Saya tidak ada masalah. Saya biasa bertanding dengan Yang Dipertua PAS Wilayah (Persekutuan) dan Naib Presiden PAS.

Saya percaya warga Putrajaya tahu mana (calon) yang baik dan mana yang tidak baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran pembangunan surau baharu di Presint 11K dan 11F di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal mengenai bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menjadi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk Parlimen Putrajaya.

Pada PRU13, Tengku Adnan menewaskan Husam Musa yang mewakili PAS dengan majoriti 5,541 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU14 pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal 5 Mei.

Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan sekali lagi mengingatkan semua anggota UMNO supaya taat setia dan akur kepada keputusan parti dalam memilih calon terbaik untuk bertanding dalam PRU14 memandangkan mereka terikat pada etika, perlembagaan dan perundangan parti itu.

“Kita tahu dan takut ada kawan-kawan dalam parti yang tidak puas hati pada calon yang dipilih sebelum penamaan calon secara rasmi. Sehubungan itu, saya minta semua ahli wala’ dan akur pada keputusan yang ditetapkan.

“Kalau tidak akur, kita akan pecat serta-merta kerana kita tidak mahu duri dalam daging, gunting dalam lipatan serta anai-anai dalam parti. Anai-anai ini bila tidak puas hati, dia keluar dan buka parti sendiri. Jadi, sesiapa yang berjuang dalam parti UMNO, mestilah tulen dan jujur,” katanya.

Semalam, Tengku Adnan mengeluarkan kenyataan mengingatkan semua anggota UMNO supaya tidak melakukan sabotaj kepada parti, memberikan sokongan kepada pihak yang bertentangan dengan parti atau melaksanakan apa-apa kesalahan berkaitan, akan berhadapan tindakan tegas serta-merta termasuk pemecatan.

Justeru, beliau berkata anggota parti yang tidak puas hati ini hanya semata-mata mahu meruntuhkan sebuah kerajaan yang baik untuk menjamin keharmonian rakyat dan negara.

Ditanya mengenai desakan sesetengah pihak yang mahukan calon pilihan mereka dipilih bagi mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak, Tengku Adnan berkata: “Saya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan meminta semua pihak bertenang dan bersabar kerana nama calon masih belum diumumkan.

“Saya pun hairan nama pun belum tahu siapa, kenapa meloncat-loncat. Tunggulah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd