• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nangis Kasut Spiderman Hanya Untuk Budak Lelaki

oleh
16/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALAHAI… Sebagai kanak-kanak, mungkin ramai yang berangan-angan untuk menjadi seperti watak adi wira atau ‘superhero’ kegemaran mereka yang ditonton atau dibaca di media tertentu.

Namun, bagi seorang kanak-kanak perempuan, angan-angannya ‘musnah’ apabila mendapat tahu bahawa kasut Spider-Man yang diidamkan di sebuah pasar raya itu rupa-rupanya hanya untuk kanak-kanak lelaki.

Berkongsi kisah lucu tersebut menerusi laman Twitter, bapa budak perempuan itu, Qasim Rachid menjelaskan betapa kecewa anaknya apabila tahu tentang kasut itu, malah meluahkan kekecewaannya berhubung perkara itu.

Media melaporkan bahawa bapa kepada tiga orang anak itu berkata anak perempuannya menangis semasa berada di sebuah kedai kasut di kompleks beli-belah Target yang terletak di Virginia, Amerika Syarikat.

Beliau yang merupakan seorang penulis dan peguam berkata, anak perempuannya mula bergaduh dengan abangnya gara-gara cemburu dengan kasut Spider-Man yang diperoleh abangnya, lapor laman sesawang Independent.

“Hey @Target saya membelikan kasut Spider-Man untuk anak lelaki saya yang berusia empat tahun dan sekarang adik perempuannya yang berusia dua tahun juga mahukan kasut Spider-Man,” kata Qasim.

“Namun anda tidak jual kasut Spider-Man yang muat untuk budak perempuan berusia dua tahun. Walaupun saya cuba cari, hanya ada untuk lelaki. Sekarang anak perempuan saya menangis. Ini agak sedih,” tambah Qasim.

Semua kasut Spider-man yang dijual di pasar raya itu bagaimanapun memang disifatkan sebagai kasut direka khusus “untuk kanak-kanak lelaki”, lapor laman Independent lagi.

Meskipun sebahagian orang mungkin berpandangan bahawa label kasut tidak jadi masalah, ada pula menegaskan tidak adil jika kanak-kanak perempuan ‘terpaksa’ berasa produk bertemakan wira direka hanya untuk budak lelaki.

“Saya rasa kita sudah jangkau zaman moden di mana pakaian dan kasut adalah berdasarkan saiz dan bukan jantina,” menurut seorang netizen Twitter dan menambah “Tiada orang patut lepas peluang memiliki sepatu Spider-Man.”

Qasim namun turut memuat naik rakaman video menerusi laman sosial Twitter yang menunjukkan bahawa anak perempuannya itu akhirnya gembira dapat memakai kasut Spider-Man milik abangnya.

“Kasut @Target ini mungkin kecil, tetapi saya sudah janji kepada anak perempuan saya sama seperti apa yang saya janjikan kepada anak lelaki saya – dan saya perlu menunaikan janji,” menurut Qasim. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Update: She took her brothers shoes and I’m just gonna let it fly like this. pic.twitter.com/h2rpvPGnBL

— Qasim Rashid, Esq. (@MuslimIQ) April 6, 2018

Tags: Spiderman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Alang-Alang Nak Berhenti Kerja…

02/02/2019
0

SAO PAULO - Seorang pekerja bank mengambil peluang hari terakhirnya bertugas selepas meletak jawatan, dengan memakai kostum adiwira Spider-Man. Lelaki...

‘Spiderman Perancis’ Ditangkap Di Manila

30/01/2019
0

MANILA - Pemanjat bebas Perancis, Alain Robert ditangkap semalam, kata polis, selepas dia memanjat menara antara tertinggi di ibu kota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd