Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Vida Idam Lelaki Bermata...

SELEPAS tiga kali gagal dalam melayari bahtera perkahwinan, kini begitu ramai jejaka yang...

Tutup Mata Pun Boleh...

HEBAT. Walaupun ditutup mata namun seorang lelaki dapat mengenalpasti isterinya hanya dengan memegang...

5 Modul, 3 Sub-Modul...

KLUANG - Kerajaan bakal memperkenalkan lima modul dan tiga sub-modul dalam Program Latihan...

Pengotor! Nenek Suruh Cucu...

DASAR pengotor dan menjijikkan! Beberapa keping gambar memaparkan seorang nenek di China sengaja...

Alang-Alang Nak Berhenti Kerja…

SAO PAULO – Seorang pekerja bank mengambil peluang hari terakhirnya bertugas selepas meletak jawatan, dengan memakai kostum adiwira Spider-Man.

Lelaki yang tidak bernama itu kelihatan bergambar di mejanya di lokasi yang tidak didedahkan di Sao Paulo, Brazil selepas berhenti kerja, lapor Daily Mail.

Foto serta video hari terakhir pekerja itu tular di Internet memperlihatkan dia sedang berbual bersama rakan sekerjanya, malah menjawab panggilan telefon serta membantu rakan sepejabatnya sambil memakai kostum watak terkenal itu.

Gambar lelaki itu yang terbaring di meja kerjanya pada siang hari turut ditemani keterangan: “Hari terakhir bekerja dan lelaki ini menyebabkan bos gila.”

Gelagat ‘adiwira’ itu menambat hati beratus-ratus peminat di media sosial selepas videonya muncul di YouTube dengan pengguna memberikan pelbagai komen.


Seorang netizen berkata: “Jadi Spider-Man kerana hari terakhir atau hari terakhir kerana menjadi Spider-Man?” – Agensi

Kategori