• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Sahkan Hukuman Penjara Pemandu Teksi

oleh Ahmad Albab
27/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini mengesahkan hukuman penjara 18 tahun terhadap seorang pemandu teksi yang menyebabkan kematian anak perempuan teman wanitanya yang berumur tiga tahun, lima tahun lepas.

Panel hakim lima anggota yang dipengerusikan Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman dikenakan terhadap Mohd Fazli Azri, 33, oleh Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan pada 8 Julai, 2013, menjatuhi hukuman penjara 18 bulan terhadap pemandu teksi itu selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan bagi kesalahan membunuh kanak-kanak perempuan itu dan menggantikannya dengan pertuduhan menyebabkan kematian mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Panel berkenaan membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan peguam Gurbachan Singh yang mewakili Mohd Fazli.

Mohd Fazli kelihatan tenang semasa Hakim Abdull Hamid menyampaikan keputusan mahkamah.

Pada 22 September, 2010, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Mohd Fazli bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, anak Siti Nurhanim Aziz, di sebuah padang bola di Jalan Utama, Kawasan Rumah Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, Selangor, pada 6.30 petang, 25 Februari, 2010.

Mohd Fazli dituduh membunuh kanak-kanak perempuan itu dengan menendang dan memijak-mijak badannya. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd