• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sudah Digerak Ke Kawasan Hot Spot PRU – TPM

oleh AK-47
13/04/2018
dalam Jenayah, Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Kementerian Dalam Negeri telah mula menggerakkan sejumlah pegawai dan anggota polis ke kawasan yang dijangka menjadi panas pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu dibuat ekoran ramalan polis bahawa terdapat tujuh lokasi di negara ini berkemungkinan menjadi ‘hot spot’ sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kumpulan yang ditugaskan untuk memantau keadaan akan menghantar terus hasil pemantauan dan laporan mereka kepada Bukit Aman bagi tindakan susulan.

“Arahan saya jelas agar pihak penguat kuasa (polis) tidak memihak, mereka harus menjadi agensi yang menterjemah proses demokrasi di negara ini.

“Polis harus menumpukan perhatian terhadap kawasan yang dipanggil ‘hotspot’ dan kawasan yang dipanggil ‘flashpoint’, selain 1,131 individu yang dikenal pasti akan membangkitkan isu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Muafakat Pemimpin Bersama Rakyat di Batu 3, Kluang, di sini hari ini.

​​​Ahmad Zahid berkata sebagai kerajaan sementara, pihaknya akan memastikan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang tempoh pilihan raya itu.

Ini termasuk sebelum proses penamaan calon, selepas penamaan calon, ketika berkempen, hari pengundian, serta selepas hari pengundian, katanya.

Pada majlis itu juga, beliau merasmikan pembinaan Sekolah Agama Kerajaan Johor Fasa 5 serta menyampaikan Sijil Tawaran Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Daerah Kluang.

Hadir sama, isteri Ahmad Zahid Datin Seri Hamidah Khamis, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha BN Johor merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Mahkota Datuk Md Jais Sarday.

Mengulas mengenai pelbagai projek pembangunan dan infrastruktur yang bakal dijalankan di daerah itu, Ahmad Zahid menyifatkan ia membuktikan keprihatinan kepemimpinan BN terhadap keperluan dan kesejahteraan masyarakat.

Beliau berkata keprihatinan ADUN BN telah memberi perkhidmatan terbaik berbanding ‘orang lain’ (pembangkang) yang menjadikan Kluang tempat transit.

Timbalan Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana berjaya membina 600 sekolah agama dan dalam masa yang sama, tidak melupakan sistem pendidikan sekolah Cina dan Tamil di negeri ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd