• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Ketua Editor TV3 Jadi Calon Bebas Di Temerloh

oleh
13/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KESAL kerana kes dirinya tidak mendapat perhatian ramai, bekas ketua pengarang berita TV3, Mohd. Khaidir Ahmad tekad menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bulan depan.

Beliau yang juga aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar tempatan sebagai presiden Perikatan Pencinta Alam Malaysia (Alam) dilaporkan turut mengumumkan akan sedia bertanding atas tiket bebas.

Mohd Khaidir, 56, mendakwa, beliau bakal bertanding bagi kerusi Parlimen Temerloh dan salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan sama yang turut diintai PAS dan gabungan pembangkang berlogo PKR.

“Keputusan dibuat selepas berfikir sedalam-dalamnya bagi memperjuangkan isu alam sekitar. Saya memilih bebas kerana tiada lagi mana-mana parti politik yang berani bersuara isu sebegini di Dewan Rakyat dan DUN selama ini.

“Jadi saya memilih untuk bertanding di kerusi Parlimen Temerloh tetapi masih memikirkan sama ada akan juga bertanding di DUN Lanchang atau Kuala Semantan. Pada asalnya saya mahu bertanding di DUN Kuala Semantan.

“Tetapi selepas persempadanan semula kawasan kediaman saya berubah masuk ke DUN Lanchang,” katanya yang juga Pengerusi Persatuan Pelindung Khazanah Alam Malaysia Pahang (PEKA) ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd. Khaidir turut memuat naik status di akaun Facebooknya menyatakan telah mengambil borang pencalonan untuk bertanding di kawasan Parlimen dan DUN di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kuantan hari ini.

Beliau dalam status itu antara lain menyatakan walaupun tidak ada banyak wang untuk raih undi, namun berharap kuasa Allah akan membantunya membawa suara rakyat berkaitan alam sekitar ke gelanggang yang lebih besar.

Mengulas lanjut tentang perkara itu, Mohd. Khaidir melahirkan keyakinan akan mampu meraih keputusan yang cukup baik berdasarkan sokongan padu ramai pengikutnya sama ada menerusi laman sosial dan juga di lapangan.

Beliau membelanjakan wang deposit dan kempen sebanyak RM23,000 untuk PRU ini dan menyambut baik jika ada mana-mana pihak termasuk rakan yang mengenalinya sanggup tampil memberikan sokongan moral dan kewangan.

Nama Mohd. Khaidir mendapat perhatian ramai selepas Mahkamah Tinggi Temerloh pada 28 April tahun lalu telah memerintahkannya membayar ganti rugi RM50,000 kepada penolong pentadbir tanah Temerloh kerana kes fitnah.

Ia susulan tindakan beliau menyiarkan kenyataan berunsur fitnah dalam akaun Facebook ‘Khaidir Ahmad’ antara 21 dan 24 Mei 2016 yang mendakwa plaintif, Mohd. Iqbal Zainal Abidin menandatangani notis bertarikh 15 Mei 2015.

Kenyataan itu merujuk isu pendudukan tanah kerajaan tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa negeri kepada Mohd. Khaidir selaku defendan menyebabkan penjawat awam itu memfailkan saman fitnah pada 14 Ogos 2016.

Mohd. Khaidir didakwa cuba mengundang pelbagai komen negatif rakan laman sosialnya yang membawa maksud Mohd. Iqbal sebagai seorang pegawai korup, berniat jahat, tidak berhati perut serta menganiaya bangsanya sendiri.

Kes dialami Mohd. Khaidir itu juga mencetuskan perasaan simpati pelbagai pihak termasuk dari luar negara apabila beliau merayu ihsan sumbangan untuk membayar kos guaman saman sivil tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Khaidir Ahmadtv3
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Legenda Wartawan TV3, Datuk Karam Singh Walia Meninggal Dunia

Legenda Wartawan TV3, Datuk Karam Singh Walia Meninggal Dunia

06/04/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Dunia kewartawanan negara kehilangan seorang tokoh berpengaruh apabila wartawan penyiaran tersohor, Datuk Karam Singh Walia...

AJL 37 Rekod 5.4 Juta Penonton

AJL 37 Rekod 5.4 Juta Penonton

15/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 yang mengangkat single Terus Hidup ciptaan dan dendangan Aina Abdul sebagai Juara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd