• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siapa Wanita Cantik Ikon Parti Warisan Sabah Ini?

oleh
12/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMPUNYAI rupa yang cantik pasti akan menarik perhatian orang ramai lebih-lebih lagi apabila golongan ini menduduki kerusi dalam kancah politik negara.

Terdahulu, beberapa ahli politik wanita yang mempunyai kedudukan dalam parti yang berbeza iaitu antara Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar dengan pemimpin Sosialis Muda DAP, Dyana Sofya Mohd Daud menjadi buah mulut orang ramai.

Dira Abu Zahar merupakan Exco Puteri UMNO.

Dua jelitawan ini turut dibandingkan antara satu sama lain mengikut kredibiliti masing-masing dan mula menimbulkan pertikaian dengan menyoal adakah parti politik menggunakan wanita yang mempunyai paras rupa sebagai satu tarikan ke arah parti?

Dyana Sofya Mohd Daud merupakan pemimpin Sosialis Muda DAP.

Kaitan: Kantoi Dyana ‘Melalut Ke Laut’, Dira Pula Lebih Matang

Tidak terlepas juga Syefura Othman turut menjadi bualan rakyat Malaysia yang mengikuti jejak langkah Dyana Sofea masuk ke parti DAP dengan memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha DAP Wanita Kebangsaan.

Syefura Othman adalah Penolong Setiausaha DAP Wanita Kebangsaan.

Berikutan itu, seorang lagi ahli politik wanita baru-baru ini yang mencuri tumpuan masyarakat berikutan mempunyai rupa parasnya yang menawan.

Jo-Anna Sue Henley Rampas, 29, anak kelahiran Sabah yang merupakan Ikon Belia Parti Warisan Sabah yang pernah mendapatkan pendidikan ijazah dalam bidang undang-undang di United Kingdom.

Jo-Anna Sue Henley Rampas adalah Ikon Belia Parti Warisan Sabah.

Dilaporkan portal online tempatan, Jo-Anna juga pernah berkecimpung dalam bidang seni dan hiburan sebelum terlibat dengan politik. Dia pernah menjadi penyanyi dan model, malah wanita ini juga adalah Ratu Cantik Unduk Ngadau.

Tidak hairan jika dia terlibat dengan politik kerana keluarganya juga mempunyai latar belakang politik. Ibunya adalah calon Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) pada tahun 1994 dan bapa saudaranya pula adalah seorang ahli Dewan Undangan Negeri dari tahun 1999 hingga 2013.

Anak sulung kepada tiga orang beradik masyarakat Dusun Kiulu itu masih lagi setahun jagung dan baru berjinak-jinak dalam politik. Malah kehebatannya dalam politik masih belum setanding lagi dengan kecantikan rupa parasnya.

Sudah lambat untuk anda memikat jelitawan ini kerana sudahpun berkahwin dengan pilihan hatinya, Dr Denvi yang merupakan seorang doktor berbangsa India.

Sebelum berkahwin lagi, Jo-Anna telah dikaitkan dengan banyak kes skandal dengan beberapa ahli politik lain antaranya Marzuki Nasir, Ceasar Mandela Malakun dan Azis Jamman. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: cantikpolitikWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd