• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjara 8 Tahun Terhadap Abang Pengganas Kekal

oleh Ahmad Albab
11/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara lapan tahun terhadap abang seorang pengganas Daesh yang mengendalikan harta milik adiknya selepas menolak rayuan akhirnya bagi mengurangkan hukuman itu.

Panel lima hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menolak rayuan Mohamed Danny Mohamed Jedi, 31, dan berkata selepas menimbangkan fakta-fakta dalam kes itu, mahkamah tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah hukuman penjara tersebut melainkan hukuman berkenaan salah dari segi fakta dan undang-undang.

Zulkefli yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ramly Ali, Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Tan Sri Aziah Ali berkata mahkamah mendapati hukuman yang dipinda oleh Mahkamah Rayuan adalah sesuai dan berpatutan.

“Kami tolak rayuan kamu. Hukuman lapan tahun dikekalkan. Mengikut peraturan penjara, jika kamu berkelakuan baik, hukuman boleh dikurangkan,” kata Zulkefli.

Mohamed Danny, abang kepada Muhammad Wanndy, 27, merayu terhadap hukuman lapan tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Feb 2017.

Muhammad Wanndy menyertai kumpulan Daesh sejak 2015 dan berada di Syria serta menjadi pelopor utama merekut rakyat Malaysia sebagai ahli kumpulan militan itu di negara berkenaan.Pengganas

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap Mohamed Danny selepas dia mengaku bersalah mengurus secara tidak langsung harta milik adiknya dengan membenarkan kemasukan wang sebanyak RM12,130 dan mengeluarkan wang sebanyak RM10,000 daripada akaunnya bagi memberi manfaat kepada pengganas berkenaan.

Bagaimanapun Mahkamah Rayuan mengubah hukuman itu kepada lapan tahun selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan bagi menambah hukuman penjara tersebut.

Bekas pekerja kedai serbaneka dari Melaka tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di cawangan Maybank Ayer Keroh, Melaka antara 28 Jan dan 5 Mac 2016, mengikut Seksyen 130Q(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana harta tersebut. – BERNAMA

Tags: pengganasPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd