• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Tak Kecoh Pun Exco Pulang Kereta Rasmi

oleh
11/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEZA… Ketika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali ‘heboh’ buat gimik publisiti pulangkan kereta rasminya ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), lain pula halnya di Perak.

Jauh berbeza aksi Timbalan Presiden PKR itu yang siap bergambar tersenyum dalam acara khas dan disebarkan menerusi media sosial konon beliau kini bertaraf kerajaan sementara, kerajaan Perak ada cara unik tersendiri.

Semua anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Exco dilaporkan telah mengembalikan kereta rasmi mereka tanpa ‘bikin kecoh’ sebaik sahaja DUN Perak dibubarkan Sultan Dr. Nazrin Shah di Kuala Kangsar pada Isnin lalu.

Media tempatan melaporkan menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, pihaknya sebagai sekretariat pentadbiran rasmi kerajaan negeri telahpun menerima kesemua kereta daripada Exco terbabit.

Namun beliau dalam nada merendah diri menjelaskan bahawa pihak pejabat setiausaha kerajaan memutuskan untuk tidak mahu menghebohkan perkara tersebut kerana ia hanya melibatkan aspek pentadbiran secara formal.

“Tak adalah kita hendak masuk (disiarkan) dalam media sebab kita terima pun sebagai pentadbiran sahaja dan kita letak di bawah bangunan SUK… kalau nak tengok, boleh tengok di bawahlah,” kata Abdul Puhat kepada pemberita.

Terdahulu beliau menghadiri majlis penyerahan Projek Naik Taraf Trek Larian dan Pemasangan Kerusi Stadium Perak, di Ipoh semalam yang menelan belanja sekitar RM18.5 juta, dan siap sepenuhnya sebelum 30 Mac lepas.

Abdul Puhat seterusnya menambah, walaupun DUN telah dibubarkan, di bawah kerajaan sementara atau caretaker government, Menteri Besar masih lagi berkuasa dalam menjalankan segara urusan rasmi pentadbiran seperti biasa.

Bagaimanapun ia bukan dalam konteks meluluskan perkara-perkara baharu. Begitu juga barisan Exco kerajaan negeri, mereka boleh terus menghadiri program yang telah disusun. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video suasana meriah Azmin Ali memulangkan kereta rasminya…

Tags: Perak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd