• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tajaan Pelajar MARA Kekal Tahun Ini – Shafie

oleh Ahmad Albab
26/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Tajaan pelajar Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk melanjutkan pengajian ke luar negara kekal pada tahun ini meskipun agensi itu perlu melaksanakan langkah penjimatan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Pengurusan Tertinggi MARA 2015 di sini hari ini, beliau berkata program utama dan penting akan diteruskan pada tahun ini walaupun terdapat kekangan kewangan.

“Kami akan mengambil langkah terbaik agar kami dapat membantu dengan sebaik mungkin,” katanya, sambil menambah pendekatan seperti mengurangkan lawatan dan program tidak perlu, akan diambil sebagai langkah penjimatan.

Mohd Shafie berkata MARA merupakan institusi penting yang menjadi tulang belakang kepada usahawan Bumiputera selain membantu pelajar melanjutkan pengajian.

Katanya pertemuan bersama pegawai-pegawai kanan MARA hari ini diadakan dalam kerangka untuk menyusun semula rancangan bagaimana untuk meningkatkan keupayaan agensi itu dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

“Kami akan menyusun semula langkah-langkah dan kerangka dahulu untuk menambah baik dan meningkatkan sistem penyampaian bagi membantu Bumiputera dalam bidang pendidikan dan keusahawanan.

“Kami tidak puas hati dengan apa yang dicapai, kami perlu tingkatkan keupayaan. Kini, kita berdepan dengan landskap ekonomi yang mencabar dan perlu mengambil langkah-langkah mengurangkan perbelanjaan,” kata Mohd Shafie.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA Azmi Mohamad berkata MARA akan mengubah strategi penghantaran pelajar tajaannya ke luar negara.

“Kami akan mengurangkan bilangan pelajar sarjana muda dan menambah bilangan pelajar sarjana yang mengambil masa setahun atau dua tahun sahaja yang kosnya jauh lebih rendah,” katanya. – BERNAMA

Tags: MARAShafie Apdal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

08/07/2025
0

ALOR SETAR - Hasrat ibu yang ingin melihat anak sulungnya menjejakkan kaki ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bakal direalisasikan...

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

13/11/2024
0

Kuala Lumpur: Tindakan senarai hitam yang terpaksa diambil Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd