• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Kes.. Mas Idayu Cekik Dan Tolak Wartawan Melodi!

oleh AK-47
27/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

zuan

FUH agak ‘panas’ juga status yang dimuatnaik oleh wartawan hiburan Melodi TV3 merangkap hos belakang pentas program Mentor Legend, Zuan Azmi di akaun Twitternya, malam tadi.

Mungkinkah ia ada kaitan dengan soalan ditanyakan wartawan itu kepada penyanyi yang juga mentor kepada protege Tuah iaitu Mas Idayu?

Wartawan Melodi yang juga hos belakang pentas konsert Mentor Legend, Zuan Azmi.
Wartawan Melodi dan hos belakang pentas konsert Mentor Legend, Zuan Azmi.

Untuk makluman, konsert Mentor Legend yang berlangsung semalam merupakan konsert penentuan untuk memilih peserta Kumpulan A yang layak ke peringkat separuh akhir.

Malangnya, Mas Idayu dan Tuah telah tersingkir sekaligus menyaksikan Amy Search dan protegenya, Sarah serta Ajai dan protegenya, Fahmie terus melangkah untuk beraksi pada minggu hadapan.

Mas Idayu bersama protegenya, Tuah tersingkir dalam konsert penentuan ke separuh akhir, semalam.
Mas Idayu bersama protegenya, Tuah tersingkir dalam konsert penentuan ke separuh akhir, pada Ahad.

Menerusi portal Rotikaya, Zuan dilaporkan memberitahu penyanyi itu juga pernah mencekik dan menyerangnya ketika sesi raptai sebelum ini.

“Sebab dia perempuan.. kalau dia lelaki memang saya sudah lawan balik sebab saya diajar untuk hormat perempuan. Bukan setahun dua jadi artis, masih tidak tahu untuk bersikap profesional apabila dikenakan soalan panas,” katanya.

Dalam hal ini, kami tak berani nak buat sebarang andaian mengenai punca Mas Idayu bertindak sebegitu rupa walaupun kalau ditengok show mingguan, memang dapat dilihat sesetengah mentor kelihatan menahan bengang bila diterjah soalan panas oleh Zuan.

Lebih baik kita tunggu saja kenyataan daripada tuan empunya badan sendiri, betul tak?

-MYNEWSHUB.CC

Oleh: ELZA

Tags: hiburanKonsertkontroversiMentor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nourul Depp Pilih Mimi Fly Penyanyi Jemputan Konsert ‘For You Nourul’

Nourul Depp Pilih Mimi Fly Penyanyi Jemputan Konsert ‘For You Nourul’

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Nourul Depp memilih Mimi Fly sebagai artis jemputan bagi konsert solo ‘For You Nourul’ yang...

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

20/02/2025
0

SHAH ALAM: Papan tanda atau plakad 'No to Drugs' pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan dalam syarat permit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd