• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Hilang Anak Akibat Denggi

oleh Ahmad Albab
07/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNAK – Seorang ibu yang kehilangan anak perempuan berusia sembilan tahun pada 15 Mac lepas akibat denggi berdarah, hari ini tampil menasihati masyarakat khususnya di sini, agar lebih peka dengan bahaya penyakit itu.

Hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 36, wanita itu berkata selama ini dia sendiri tidak pernah mengendahkan tentang bahaya nyamuk aedes apatah lagi menduga akan kehilangan anak akibat demam denggi.

“Saya ambil iktibar daripada ujian ini dan lebih peka terhadap kebersihan rumah dan kawasan sekitar termasuk membersihkan longkang bertakung dan menutup bekas berisi air,” katanya ketika ditemui Bernama.

Menurut Nurul, anak bongsunya itu meninggal dunia kira-kira lima hari selepas mengalami demam.

“Saya ada membawa anak saya ke klinik pada 11 Mac kerana demam dan selepas itu dia menunjukkan perkembangan positif dan sempat ke sekolah selama dua hari kerana ada peperiksaan,” katanya.

Namun kata Nurul anaknya mengadu sakit perut pada hari kedua ke sekolah dan digegaskan ke bahagian kecemasan Hospital Kunak pada 14 Mac sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tawau pada hari sama.

“Anak saya disahkan meninggal dunia kira-kira 10 malam keesokannya,” katanya.

Sementara itu, seorang suri rumah dari Kampung Jaya Baru, Saadiah Hussin, 34, berkata masalah denggi amat memerlukan penglibatan masyarakat baik dari segi menjaga kebersihan di kawasan masing-masing mahupun bekerjasama dengan jabatan kesihatan.

Menurutnya ada segelintir individu di kawasan kejiranannya yang enggan memberi kerjasama apabila pihak kesihatan datang melakukan pengabutan di dalam rumah.

“Kita seharusnya berganding bahu menangani wabak denggi ini daripada menular di kawasan kita dan jangan terkena batang hidung sendiri, baru mulai sedar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kes DenggiWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd