• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suri Rumah Tipu Pemilikan PR1MA Dipenjara 6 Tahun

oleh Ahmad Albab
06/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang suri rumah Orang Asli dipenjara enam tahun selepas mengaku salah atas enam pertuduhan memperdaya orang awam berhubung pemilikan rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang melibatkan kerugian berjumlah RM8,700, tahun lalu.

Wanita itu, Lam Wai Chan, 31, mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan di dua Mahkamah Majistret berasingan di sini.

Di Mahkamah Majistret satu, Majistret Nurunaim Abdullah memerintahkan Lam menjalani hukuman penjara tiga tahun bermula dari tarikh tangkap pada 2 April lalu, bagi tiga pertuduhan.

Manakala Majistret Sharifah Nursyuhada Tuan Mamat memerintahkan tertuduh yang juga mengaku bersalah terhadap tiga lagi pertuduhan dipenjara tiga tahun, bermula selepas tamat menjalani hukuman dijatuhkan Nurunaim.

Tertuduh yang juga ibu kepada empat anak itu didakwa atas enam pertuduhan menipu enam mangsa antara Jun tahun lalu hingga 23 Ogos lepas, di sekitar daerah ini sehingga mereka menyerahkan wang tunai antara RM1,000 hingga RM3,500.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang mendakwa dirinya sebagai ejen atau mengenali orang dalam yang terlibat dengan pelaksanaan PR1MA Pahang memberitahu mangsa, wang itu sebagai deposit untuk mendapatkan rumah antaranya di Indera Sempurna di sini.

Lam atau dikenali sebagai ‘Jenny’ didakwa turut memberitahu mangsa bahawa mereka akan menerima kunci rumah selepas perayaan Tahun Baharu Cina atau pada Mac lalu, namun hingga kini semua mangsa tidak menerima kunci tersebut.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Peguam Nurul Syafiqa Syeba Atan yang mewakili Lam memohon supaya mahkamah memberi hukuman penjara yang ringan atas alasan dua daripada anaknya bersekolah selain seorang lagi masih bayi.

“Tertuduh tidak bekerja dan bergantung kepada pendapatan suami yang mengusahakan kedai runcit kecil-kecilan, sekitar RM2,000 sebulan.

“Ini merupakan kesalahan pertama tertuduh dan dilakukan kerana kesempitan hidup. Tertuduh telah insaf dan berjanji tidak akan mengulanginya pada masa depan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shahrizzat Amadan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal ke atas tertuduh yang menurutnya tidak seharusnya melakukan kesalahan itu walaupun atas alasan kesempitan hidup.

“Kesalahan tertuduh menyebabkan mangsa mengalami kerugian dan mereka tidak menerima semula wang yang dibayar. Kesalahan juga melibatkan projek perumahan dilaksana kerajaan dan ini boleh menimbulkan pandangan negatif terhadap projek perumahan itu,” katanya.

Pada prosiding berasingan di hadapan Sharifah Nursyuhada, Lam didakwa bersama-sama seorang lagi wanita Ho Woon Mee, 41, atas tuduhan memperdayakan Wong Hiew Lam untuk menyerahkan wang tunai RM3,900 bagi tujuan sama.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang didakwa dilakukan pada 9 pagi, 23 Ogos lalu di Indera Mahkota di sini.

Sharifah Nursyuhada membenarkan Ho dibebaskan dengan jaminan RM3,000 berserta seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 20 April depan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Penjarasuri rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd