• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

400 Anggota APM Terlibat Di Esszone

oleh Ahmad Albab
05/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Empat ratus anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan ditugaskan membantu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dalam tugas pengawasan dan pemerhatian.

Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Azmy Yahya berkata anggota APM akan memulakan penugasan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) pada 15 April ini.

Katanya penugasan anggota APM membantu Esscom itu sejajar dengan keputusan kerajaan yang diluluskan dalam kabinet pada Disember tahun lepas.

“Tugas membantu Esscom menjurus pengawasan dan pemerhatian di kawasan dikenal pasti serta menjadi mata dan telinga kepada Esscom.

Anggota APM terlibat mampu melaksanakan tanggungjawab ini disebabkan kelebihan mereka sebagai penduduk dalam Esszone,” katanya pada sidang media bersempena Majlis Pelancaran Penugasan APM di Esszone di sini, malam tadi.

Menurutnya anggota APM tidak akan terlibat dalam tugas rondaan bersenjata di bawah Esscom.

Beliau berkata jumlah anggota APM bertugas di Esszone itu akan ditambah hingga 1,000 orang menjelang akhir tahun ini.

Azmy berkata bagi APM, penugasan di Esszone ini merupakan satu pengiktirafan kepada agensi itu dalam meningkatkan aspek keselamatan di kawasan timur negeri ini.

Menurutnya terdapat 180,000 anggota APM di negeri ini daripada 2.1 juta anggota APM yang ada di seluruh negara.

Katanya APM menyasar menambah anggota hingga 3 juta orang di seluruh negara sejajar dengan transformasi agensi itu yang dilaksanakan sejak dua tahun lepas.

Dalam pada itu, Ketua Staf Bahagian Operasi Darat Esscom SAC Mazli Mazlan berkata menyifatkan penugasan anggota APM itu dalam Esszone sebagai nilai tambah dalam meningkatkan tanggungjawab penugasan menjaga keselamatan di timur negeri ini.

Katanya pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama lain dengan agensi lain dalam melaksanakan penugasan berkaitan peningkatan aspek keselamatan di Esszone. – BERNAMA

Tags: APMEsszone
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd