• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gary Steven Berlatih Dengan Borussia Dortmund

oleh Ahmad Albab
26/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain muda negara, Gary Steven Robbat, 22, yang dikenakan hukuman gantung permainan selama tiga bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menjalani latihan dengan kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund.

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dalam satu kenyataan memberitahu, JDT menghantar pemain tersebut ke kelab antarabangsa berkenaan memandangkan pemain itu turut dihalang daripada menjalani latihan bersama JDT sepanjang tempoh hukuman.

“Usaha sama yang terjalin di antara pasukan JDT bersama kelab Borussia Dortmund membolehkan Gary dihantar ke sana untuk menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih mereka.

“Gary yang digantung tiga bulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti di bawah anjuran FAM akan berada di Jerman sepanjang tempuh pergantungan. Semoga Gary menggunakan peluang ini untuk mempertingkatkan mutu permainan beliau dan seterusnya dapat memantapkan lagi pasukan JDT,” kata kenyataan itu pada Isnin.

Jawatankuasa Status FAM sebelum ini membuat keputusan mendenda pemain itu sebanyak RM50,000 dan digantung permainan selama tiga bulan berkuat-kuasa serta merta.

Gary dikenakan hukuman itu kerana didakwa menandatangani kontrak dengan JDT pada 21 November 2014 ketika masih terikat dengan FAM. Pemain itu sebelumnya berbuat tindakan yang sama dengan pasukan Pahang pada 14 November 2014.

FAM turut memutuskan PBNJ didenda RM100,000 sementara Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) diberi amaran keras.

-MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=fPcDSIqSm1Q

Tags: JDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kelab Gergasi EPL Chelsea Bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ogos ini

Kelab Gergasi EPL Chelsea Bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ogos ini

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab bola sepak, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal mencipta satu lagi detik bersejarah apabila dijadual menentang kelab...

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pusat latihan baharu kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menjadi antara pusat latihan bola sepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd