• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terlalu Murung, Pelajar 10A SPM Terjun Bangunan

oleh AK-47
05/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Ia sesuatu yang amat menyedihkan apabila seseorang itu memilih untuk membunuh diri sedangkan mempunyai masa depan yang amat cerah menanti di hadapan mereka.

Baru-baru ini, seorang pelajar wanita maut selepas terjun dari tingkat 14, pangsapuri Templer, Jalan Tun Dr. Ismail, di sini, dipercayai kerana mengalami kemurungan yang melampau.

Lapor portal NST, mayat wanita berkenaan yang dikenali sebagai Lin Jianying, 21 ditemui oleh penduduk  pangsapuri itu selepas terdengar bunyi dentuman dari tingkat bawah kira-kira jam 8.50 malam semalam.

Difahamkan, Lin merupakan seorang pelajar cemerlang dan mendapat keputusan 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sebelum ini dia pernah bercita-cita ingin menjadi seorang guru.

Mangsa sebelum itu diterima untuk menyambung pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi di Kedah namun dikatakan mengalami kemurungan, membuatkan dia dipindahkan di institusi yang lain di Seremban.

Bimbang dengan keadaan Lin, ibu bapanya telah memasang aplikasi GPS pada telefon bimbit anak perempuan mereka itu agar kedudukannya dapat dikesan sepanjang masa.

Namun pada Isnin bersamaan 2 April, ibu bapanya mendapati Lin berada di pangsapuri berkenaan, lalu menghubungi Lin untuk memeriksa keadaannya.

Lin menjawab panggilan itu dan berbohong bahawa dia ada bersama dengan beberapa orang rakannya.

Selepas beberapa ketika, mereka cuba menghubungi Lin, namun gagal dan mereka mula bimbang dengan keadaan dan keselamatan anak perempuan mereka itu.

Mayat Lin kemudian ditemui berada di tingkat bawah dan dipercayai terjun dari tingkat 14 selepas dihubungi oleh ibu bapanya.

Lin juga meninggalkan nota terakhir yang mengatakan dia teringin menamatkan kehidupannya, malah juga berkata:

“Jika anda menemui saya dalam keadaan masih hidup, tolong suruh doktor jangan selamatkan saya.”

Turut ditulis dalam nota itu Lin takut dia mengecewakan ibu bapanya dan dirinya berada dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat fokus pada pelajarannya dengan baik.

Lin juga mendoakan ibu bapanya mempunyai kehidupan yang baik selepas pemergiannya dan berterima kasih kerana membesarkannya serta meminta abangnya menjaga ibu bapa mereka.

Lin juga mahu organnya didermakan kepada mereka yang memerlukannya. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Tags: bunuh dirikemurunganSPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd