• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Wanita Orang Asli Tipu 70 ‘Pembeli Rumah’

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis menahan seorang wanita Orang Asli yang dipercayai memperdayakan 70 mangsa dengan menawarkan perkhidmatan menguruskan proses pemilikan Rumah PR1MA Pahang yang tidak wujud melibatkan kerugian RM84,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Mohd Wazir Yusof berkata mangsa, 41, mengenali suspek, 31, pada Jun tahun lepas yang kemudian menawarkan diri untuk menguruskan proses memiliki Rumah PR1MA Pahang.

“Mangsa kemudian bersetuju menyerahkan wang pendahuluan RM1,200 kepada suspek tanpa sebarang dokumen. Suspek selepas itu meminta mangsa untuk mencari 70 lagi pembeli yang berminat dengan rumah tersebut.

“Terperdaya dengan perkara tersebut, mangsa kemudian telah mencari mereka yang berminat dan menyerahkan wang sebanyak RM84,000 hasil kutipan daripada kesemua mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun selepas serahan dilakukan, suspek gagal dihubungi menyebabkan mangsa membuat laporan polis setelah menyedari ditipu.

“Sebanyak 20 laporan polis diterima setakat ini dan berikutan itu serbuan telah dilakukan di kediaman suspek di Taman Tas Ria kira-kira 11 malam tadi,” katanya.

Suspek yang bekerja sebagai peniaga kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan denda. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan…

Tags: Orang Aslipolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

08/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung di negeri ini merupakan sebahagian daripada keluarga besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd