• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didakwa Curang 6 Kali, Ismail Izzani Mohon Maaf

oleh
03/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI yang semakin meningkat naik, Ismail Izzani menjadi sasaran ramai apabila seorang ‘Instafamous’ dikenali Sharifah Rose mendakwa remaja itu berlaku curang terhadapnya sebanyak enam kali.

Susulan perkara itu, Ismail dengan tenang mengakui semua kesalahan dan kemudiannya meminta maaf secara terbuka kepada semua pihak berhubung perkara tersebut.

Malah, Ismail juga mengakui menyesal kerana menyakiti hati teman wanitanya itu selain memberitahu bahawa apa yang dilakukan itu berpunca daripada dirinya yang tidak berfikir dengan baik.

“Saya mengakui semua kesalahan saya dan saya merendah diri meminta maaf. Terima kasih Allah kerana menyedarkan saya dan kepada semua terima kasih atas nasihat dan sokongan.

“Sila bantu saya menjadi seorang yang lebih baik apabila saya gagal berbuat demikian,” kata Ismail dipetik mStar Online.

Dalam pada itu, Ismail turut memohon maaf kepada teman wanitanya itu kerana telah melukakan hatinya disebabkan sikap ego yang menyebabkan berlakunya masalah.

“Tentang hubungan saya sebelum ini, saya percaya semua orang ada buat kesalahan dalam hidup mereka dan begitu juga saya.

“Apa yang kami miliki sebelum ini adalah kenangan yang tidak dapat dilupakan yang akan saya kenang sampai bila-bila.

“Saya minta maaf kerana melukakan hati anda dengan sikap ego saya yang membunuh perhubungan kita dan anda sepatutnya menerima lebih baik lagi,” katanya.

Buat masa ini juga, Ismail dikatakan masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana wanita atas faktor usianya yang masih muda.

Sebaliknya, lebih memilih untuk menumpukan sepenuh perhatian pada kariernya yang sedang meningkat naik.

Sementara itu, Sabrina menerusi Twitter miliknya pula memperakui bahawa telah memaafkan perbuatan Ismail terhadapnya selain meminta netizen menghentikan spekulasi mengenai mereka. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: ismail izzani
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ismail Izzani Cabar Video Lucahnya Dikongsikan

19/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Ismail Izzani mencabar pihak yang mendakwa mempunyai video lucah miripnya untuk tampil dan berkongsi klip video...

Ismail Izzani Tujukan ‘Bidadari’ Buat Suliza Salam

30/10/2018
0

PENYANYI Ismail Izzani memberitahu lagu terbaharunya berjudul Bidadari ditujukan khas buat ibunya yang juga penyanyi zaman 1980-an iaitu Datin Suliza...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd