• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismail Izzani Cabar Video Lucahnya Dikongsikan

oleh
19/04/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Ismail Izzani mencabar pihak yang mendakwa mempunyai video lucah miripnya untuk tampil dan berkongsi klip video penuh berkenaan kepadanya.

Ismail Izzani Zainal Zaneri, 19, berkata, dia teruja untuk menonton sendiri video yang dikatakan telah tular sejak sebulan lalu.

Tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang, Ismail sebaliknya merasakan tindakan individu berkenaan sebagai lucu.

“Saya secara peribadi telah meminta individu berkenaan berkongsi video penuh tersebut kepada saya. Saya sendiri teruja untuk melihat aksi ‘Ismail Izzani’ dalam video itu. Sebab selama ini, saya cuma tahu yang ditularkan hanyalah paparan skrin video berkenaan.

“Sehingga ke hari ini dia tidak membalas permintaan saya. Saya tidak tahu apa niat dia dan merasakan kewujudan video itu sebagai lucu,” katanya ketika ditemui di sesi fotografi duta Kempen Ramadan Rangkaian Media Prima, di sini.

Pelantun lagu Luar Biasa juga menegaskan, tidak memiliki jam G-Shock seperti yang dipakai lelaki mirip dirinya dalam video berkenaan.

“Saya tidak mempunyai jam itu. Kalau mahu fitnah, buatlah saya berada di hotel bertaraf lima bintang,” tegasnya.

Tambah Ismail, ibunya Datin Suliza Salam hanya tergelak dengan penularan paparam skrin lelaki tidak berbaju daripada video itu. – K! ONLINE

Tags: ismail izzanipenyanyivideo lucah
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Rafizi Dakwa Diugut Terbabit Video Lucah Dengan Lelaki, Pengirim Cuba Peras AS$100,000

Rafizi Dakwa Diugut Terbabit Video Lucah Dengan Lelaki, Pengirim Cuba Peras AS$100,000

13/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa menerima ugutan video lucah kononnya membabitkan dirinya dan seorang lelaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd