• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismail Izzani Tujukan ‘Bidadari’ Buat Suliza Salam

oleh Ahmad Albab
30/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Ismail Izzani memberitahu lagu terbaharunya berjudul Bidadari ditujukan khas buat ibunya yang juga penyanyi zaman 1980-an iaitu Datin Suliza Salam.

Menurut Ismail, 18, dia mahu memberi mesej kepada ibunya melalui lirik lagu tersebut dan turut memberi kata-kata positif kepada pendengar.

“Lagu Bidadari ini sudah lama sejak tahun lalu tapi saya kemas kini semula lirik lagu itu. Sebenarnya memang bidadari itu ditujukan kepada wanita dalam hidup kita.

“Bidadari saya sudah tentulah ibu. Maksud lirik itu memang ditujukan untuk ibu saya. Saya ingin menyampaikan mesej positif kepada ibu dan semua orang yang mendengar.

Lagu Bidadari mendapat sambutan dan sokongan peminat.

“Lagu ini juga sangat bermakna buat saya kerana saya turut bekerja menghasilkan lirik dan bunyi di dalam lagu itu,” katanya kepada mStar Online.

Video muzik lagu Bidadari sudah mencecah hampir 880,000 tontonan, lebih 52,000 tanda suka dan menjadi trending nombor tiga semenjak dimuat naik pada Jumaat lalu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Luar Biasa ini meluahkan rasa syukur apabila lagu tersebut mendapat sambutan dan sokongan positif daripada pendengar biarpun dilancarkan secara tergesa.

Biarpun rakan-rakan seperjuangan seperti penyanyi As’ad Motawh, Naim Daniel, Andi Bernadee dan Sarah Suhairi turut melancarkan lagu terbaru namun Ismail tidak menganggap ia satu persaingan.

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur sebab semuanya berjalan dengan lancar biarpun dalam keadaan tergesa. Niat saya cuma satu iaitu nak berkongsi muzik saya dengan semua orang.

“Saya tak pernah nak bersaing dengan rakan-rakan yang lain dan saya turut menyokong mereka. Selagi saya dapat kongsi muzik, saya tak kisah tentang persaingan.

“Selain itu, saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat iaitu pihak pengurusan saya, WP Entertainment yang menjayakan lagu ini,” ujarnya. – mStar Online

Tags: ismail izzanipenyanyi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd