• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Tuisyen Diwujudkan Di 8 Kampung KEDA

oleh Ahmad Albab
01/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Pejabat Parlimen Baling akan menyalurkan peruntukan bagi mewujudkan pusat tuisyen di lapan kampung di bawah projek Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di daerah ini.

Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata peruntukan sebanyak RM10,000 itu merupakan satu daripada kerjasama pejabat Parlimen dan KEDA dalam membantu meningkatkan taraf pendidikan anak-anak KEDA.

“Hanya melalui pendidikan sahaja penduduk di penempatan KEDA dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Paling utama, mereka (pelajar) ini akan terhindar daripada gejala dadah… mewujudkan pusat tuisyen antara langkah memastikan semua pelajar di kampung KEDA mendapat pendidikan dengan sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Geran Rumah KEDA kepada seramai 191 penerima daripada kampung KEDA Sadek, Kampung KEDA Bandar dan Kampung KEDA Kledang bersempena Jelajah KEDA Di Hati Rakyat di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata dana sebanyak RM5.6 juta atau 10 peratus dari RM56 juta yang disalurkan KEDA ke Baling banyak membantu penduduk di sini terutama dalam aspek pembangunan infrastruktur.

Jelasnya, pelbagai projek baik pulih dan pembinaan rumah baharu telah dilakukan dan ia membuktikan komitmen kerajaan negeri dan pusat dalam membantu penduduk luar bandar. – BERNAMAv

Tags: Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azeez Nafi TH Langgar Akta Dalam Pemberian Hibah

11/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dakwaan bahawa pengurusan TH...

Rasuah: Reman Azeez, Abangnya Disambung 6 Hari

29/09/2018
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd