• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azeez Nafi TH Langgar Akta Dalam Pemberian Hibah

oleh Ahmad Albab
11/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dakwaan bahawa pengurusan TH sebelum ini telah melanggar Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dalam pemberian hibah.

Katanya berdasarkan laporan penilaian aset keseluruhan boleh direalisasikan TH yang dilakukan Ernst & Young (EY) pada tahun 2015, 2016 dan 2017 mendapati TH sememangnya memiliki aset yang melebihi liabiliti.

Menurutnya, pada tahun 2015 nilai aset boleh direalisasikan adalah RM64.7 bilion berbanding liabiliti dan bayaran hibah berjumlah RM63.3 bilion menjadikan lebihan aset sebanyak RM1.4 bilion.

Katanya pada tahun 2016 pula, nilai aset boleh direalisasikan TH adalah sebanyak RM69.1 bilion manakala agregat liabiliti setelah mengambil kira hibah adalah sebanyak RM68.4 bilion maka TH mempunyai lebihan aset ke atas liabiliti sebanyak RM701 juta tahun itu.

Abdul Azeez berkata bagi tahun 2017, nilai aset boleh direalisasikan adalah sebanyak RM74.7 bilion berbanding agregat liabiliti termasuk bayaran hibah sebanyak RM74.4 bilion maka TH mempunyai lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM373 juta.

“Ini bukti bahawa pengurusan TH sebelum ini membayar hibah mengikut peruntukan Akta tersebut, tetapi laporan EY ini tidak diambil kira oleh kerajaan kini dalam pendedahan mereka semalam,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Katanya laporan dan kedudukan TH juga telah disemak oleh Jabatan Audit Negara yang kemudiannya memperakukannya melalui sijil bersih setiap tahun pada organisasi berkenaan.

“Sekalipun wujud perbezaan pandangan dan tafsiran mengenai dasar perakaunan dalam penilaian aset antara EY dan PriceWaterhouseCoopers (PwC), akhirnya laporan muktamad adalah berdasarkan pengesahan Jabatan Audit Negara,” katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata pengurusan TH sebelum ini telah melanggar Akta Tabung Haji 1995 yang menyatakan dua syarat perlu dipenuhi sebelum pembayaran hibah boleh dibuat iaitu aset tidak boleh kurang daripada liabiliti serta perlu ada keuntungan yang boleh diagihkan.

Menurut Mujahid perkara itu telah berlaku sejak 2014 tanpa memenuhi dua syarat itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Azeez Abdul RahimTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd