• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Umum Elaun Wataniah Dinaikkan RM2 Sejam

oleh Haris
31/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kenaikan elaun anggota lain-lain pangkat dan pegawai Askar Wataniah masing-masing daripada RM6 kepada RM8 dan RM7.80 kepada RM9.80 sejam.

Beliau berkata kenaikan elaun itu bagi menghargai jasa dan kesetiaan anggota dan pegawai askar Wataniah di seluruh negara sebagai benteng kedua menjaga keselamatan negara.

“Saya umumkan elaun bagi pihak Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Menteri Pertahanan (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) dinaikkan dengan rasminya.

“Elaun dibayar mulai (sama tarikh) Perdana Menteri mengumumkan kenaikan elaun Rela (tarikh umum 10 Mac), ertinya mana-mana pegawai yang bertugas sebelum ini harus dibayar penuh mengikut elaun yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Gelombang Askar Wataniah Zon Tengah di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Bercakap mengenai Kem Tentera Hutan Melintang, Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk menyifatkan pihak yang mendakwa pembinaan kem tersebut bertujuan untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil alih Hutan Melintang dan menambah undi bagi Parlimen Bagan Datuk adalah naif.

“Sebenarnya mereka naif, mereka tak tahu ini (pembinaan) adalah strategi Kementerian Pertahanan kerana kem yang terdekat adalah di Sungai Besi dan Subang manakala di sebelah utara adalah (Pangkalan) Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut tetapi di tengah-tengah tak ada.

“Dari segi geostrategik, Bagan Datuk perlu ada kem Angkatan Tentera Malaysia, ia adalah untuk menterjemahkan stategi pertahanan ATM,” katanya sambil menambah kem itu telah 50 peratus siap.

Beliau berkata pembinaan kem tersebut tiada kaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atau PRU14, sebaliknya ia dibina ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan dengan kerjasama Sime Darby dan kelulusan kerajaan negeri.

“Ia tiada kena mengena dengan matlamat politik. Kita nak bagi tahu pada puak-puak yang tidak bersetuju dengan ATM jangan merendahkan tentera, askar wataniah dan PLKN (Program latihan Khidmat Negara),” katanya. – BERNAMA

Tags: Askar WataniahDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd