• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Yakin Tiada Sabotaj Terhadap Calonnya Di Johor

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin tidak akan berlaku unsur sabotaj dalam kalangan parti komponen BN terhadap calonnya di Johor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14 ) akan datang.

Beliau berkata keyakinan itu adalah bersandarkan kepada kepercayaan beliau terhadap Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk mengurus dan memimpin semua parti komponen BN negeri.

Ahmad Zahid, yang juga timbalan perdana menteri percaya ramai pihak telah menerima baik perubahan yang akan dilakukan BN iaitu menukar dan menggantikan calon yang tidak berwibawa untuk bertanding pada PRU14.

“Saya yakin di bawah kepimpinan (Datuk Seri) Mohamed Khaled, perkara itu (sabotaj) tidak akan berlaku di negeri Johor,” kata beliau ketika ditanya sama ada BN yakin tiada sabotaj akan berlaku ke atas calon BN di negeri itu pada PRU14.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Jentera BN Johor 2018 di Stadium Tertutup Pasir Gudang, dekat sini, hari ini.

Ditanya jika BN sudah memuktamadkan barisan calonnya, Ahmad Zahid berkata majoriti calon sudah dipilih.

Bagaimanapun, katanya BN masih melihat kepada beberapa aspek termasuk keupayaan calon, sama ada mereka boleh menang dan berintegriti.

“Saya merasakan semua aspek diperincikan bukan hanya soal integriti tetapi soal bagaimana calon itu sudah dikenali di kawasan yang akan diwakili dan bagaimana daya kemenangannya.

“Bagaimanapun, di peringkat akhir nanti, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (selaku pengerusi BN) akan memuktamadkan calon setelah membuat perundingan dan ambil kira pandangan pengerusi-pengerusi BN negeri,” kata beliau yang turut berpuas hati terhadap kesiapsiagaan BN Johor dalam menghadapi PRU14.

Menurutnya, BN adalah parti yang sentiasa mahukan kepelbagaian termasuk menjadikan orang muda sebagai calon mereka.

Ahmad Zahid berkata ini penting demi memastikan semua golongan masyarakat diwakili dalam BN.

Ketika ditanya tentang desas-desus kononnya ada calon BN mungkin bertanding di kerusi Parlimen dan juga kerusi Dewan Undangan Negeri, beliau berkata perkara itu terserah kepada pengerusi BN untuk diputuskan.

Berhubung penerimaan mereka yang mungkin tidak dicalonkan semula pada PRU14, katanya ia adalah perkara biasa dan sebahagian daripada proses perubahan serta pembaharuan dan selama ini telah diterima dengan hati terbuka dalam BN. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd