• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masyarakat Semakin Kurang Makan Buah-Buahan

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Masyarakat di negara ini semakin kurang makan buah-buahan, malah ada golongan muda yang masih tidak mengenali jenis buah-buahan tempatan atau sayur-sayuran yang terdapat di Malaysia.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Melaka Che Samudin Hassan berkata pada masa ini, masyarakat negara ini didapati makan buah-buahan dengan jumlah perkapita hanya 63 kilogram (kg) setahun ataupun kira-kira lima kg sebulan.

“Jumlah ini lapan kali ganda jauh lebih rendah berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dengan jumlah perkapita 400 kg setahun. Justeru, Fama mempergiatkan pelbagai kempen bagi menggalakkan lebih ramai anggota masyarakat memakan buah-buahan tempatan serta sayuran.

“Namun, paling penting ibu bapa perlu memainkan peranan bagi memastikan anak mereka makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan dan Sayur-sayuran Tempatan peringkat Melaka di sini, hari ini.

Kempen makan buah-buahan tempatan itu melibatkan lebih 1,500 pelajar dan murid sekolah rendah dan menengah dari 314 sekolah sekitar negeri ini.

Che Samudin berkata penganjuran kempen makan buah-buahan tempatan merupakan acara tahunan FAMA negeri dan Jabatan Pendidikan negeri dalam usaha memupuk minat golongan muda bermula daripada peringkat sekolah rendah untuk makan buah-buahan tempatan dan sayur-sayuran.

Katanya FAMA negeri menyasarkan penjualan buah-buahan segar berjumlah RM6 juta dengan jumlah outlet sebanyak 30 buah di sekitar negeri itu tahun ini, berbanding nilai jualan RM5 juta pada tahun lepas dengan sejumlah 28 outlet.

Sementara itu, beliau berkata FAMA Melaka akan membina sebuah medan jualan buah-buahan tempatan khususnya bagi buah bermusim di Taboh Naning di Alor Gajah dekat sini, menjelang akhir tahun ini.

Katanya pembinaan medan berkenaan yang dianggarkan melibatkan kos kira-kira RM500,000 itu dijangka menempatkan 10 usahawan buah-buahan tempatan bermusim seperti durian, manggis dan rambutan.

“Sekarang kita sedang mendapatkan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah untuk kerja-kerja pembinaan medan buah-buahan berkenaan.

“Pembinaan medan itu bertujuan untuk menyediakan satu medium jualan buah-buahan tempatan khususnya yang bermusim supaya pengguna mudah membelinya tanpa mengira masa,” katanya. – BERNAMA

Tags: FAMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd