• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakat Sangat Diperlukan Untuk Mencapai TN50

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Bakat seseorang sangat diperlukan dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan dan mencapai Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau.

Beliau berkata bakat sangat penting untuk menangani pelbagai perubahan yang akan berlaku menjelang 2050.

“Banyak yang akan berubah pada masa hadapan dan perubahan itu kita tidak pernah alami pada masa kini. Cara hidup manusia akan berubah dan pada masa itu kita memerlukan bakat.

“Oleh itu, di kementerian kami sentiasa mengenal pasti bakat untuk mengendalikan teknologi, menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial menggunakan kaedah yang inovatif,” katanya pada sesi dialog TN50 ‘Ke Arah Wanita Berinovasi’ di sini malam tadi.

Madius berkata wanita juga memiliki bakat tersendiri yang sangat diperlukan untuk mencapai visi TN50.

“Wanita ada bakat semula jadi kerana mereka sangat fokus. Selain itu, mereka juga suka berkongsi (senang bekerjasama), yang mana elemen kerjasama sangat ketara dengan era digital berbanding daya saing.

“Pengasas Kumpulan Alibaba, Jack Ma yang juga orang terkaya di China berkata wanita mempunyai bakat untuk menjadi pendengar yang baik. Contohnya Jack Ma pernah berkata bahawa sesiapa yang boleh mendengar keperluan pelanggan mereka akan membantu syarikat melakukan yang terbaik,” katanya.

Madius berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sangat menghargai kebolehan wanita dan mewajibkan organisasi mengambil sekurang-kurangnya 30 peratus tenaga kerja wanita selain mengumumkan peruntukan untuk memperkasa wanita melalui Bajet 2018. – BERNAMA

Tags: Datuk Madius TangauTN50
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TN50 Buatkan Anak Muda Rasa Lebih Dihargai

06/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang mengangkat suara serta aspirasi anak muda membuatkan mereka rasa lebih dihargai dan...

Madius Simpan Impian Besar Untuk Tuaran

19/04/2018
0

TUARAN - Tatkala berjam-jam menyusuri denai, lurah dan lembah dari Kampung Lokos di ulu Kiulu dekat sini untuk ke sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd