Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah sedikit pagi ini susulan permintaan yang kecil...

Jerebu: Kualiti Udara Di...

SINGAPURA - Kualiti udara di Singapura terus berada di paras tidak sihat hari...

“Ini Kebimbangan Saya Pada...

DARI FB NAJIB RAZAKSAYA tak faham kenapa nama saya disebut sedangkan saya bukan...

Radar Yang Dilaporkan Hilang...

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan laporan bahawa kontena mengandungi peralatan...

Madius Simpan Impian Besar Untuk Tuaran

TUARAN – Tatkala berjam-jam menyusuri denai, lurah dan lembah dari Kampung Lokos di ulu Kiulu dekat sini untuk ke sekolah pada awal 1970-an, seorang murid lelaki 13 tahun menyimpan azam agar generasi selepasnya tidak perlu lagi berjalan kali sebegitu jauh seperti yang dialaminya.

Begitulah nasib pelajar-pelajar sepertinya dari lebih 100 buah kampung masyarakat Dusun di ulu Kiulu yang mahu menimba ilmu di SMK Kiulu (kini dikenali SMK Tun Fuad Stephens Kiulu) yang jarak paling jauh dengan kampung berkenaan sejauh 32 kilometer.

Seawal usia itu Madius Tangau sudah pun terfikir dan menyimpan impian untuk mengubah nasib penduduk terutama murid-murid sekolah di sekitar daerah Tuaran, agar suatu hari beliau dapat menyumbang ke arah menyediakan pembangunan infrastuktur serta sains dan teknologi di situ.

Walaupun berasal darpadai keluarga petani miskin, Madius kemudian berjaya mendapat keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) dan kemudiaannya memperoleh Ijazah Sarjana Pengurusan Pembangunan dari Asian Institute of Management (AIM) di Filipina pada 1990.

Kini Datuk Seri Madius Tangau mampu menjadikan impiannya suatu realiti setelah memegang jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia dan Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).

Jaringan jalan raya di Kiulu semakin mantap dengan pelaksanaan projek jalan raya menghubungkan Telipok-Kiulu-Pukak-Pahu-Lokos-Toboh-Randagong (Ranau) yang menelan belanja lebih RM300 juta telah dilaksanakan pada Oktober 2016 dan dijangka siap pada Mac 2019.

​​​​​​​Mengimbas kembali usaha untuk mencipta transformasi khususnya memajukan jaringan jalan raya di Kiulu, Madius, 60, berkata ia bermula apabila beliau dipilih dan menang ketika bertanding atas tiket UPKO-BN di kerusi Parlimen Tuaran pada 1999.

​​​​​​​”Masih segar dalam ingatan saya, semasa kempen, satu daripada perkara yang sentiasa bermain dalam benak saya ialah, apa yang saya boleh lakukan supaya Tuaran, terutamanya Kiulu melonjak jauh dalam aspek pembangunan. Saya tidak rela Kiulu iaitu tempat kelahiran saya menjadi jalan buntu,” katanya dalam buku bertajuk ‘Untukmu Kiulu’ yang ditulis khas bersempena projek pembinaan Jalan Telipok-Kiulu-Pukak-Pahu-Lokos-Toboh-Randagong dekat sini Mac lepas.

Madius berkata untuk mencipta transformasi, beliau manfaatkan sepenuhnya Persidangan Dewan Rakyat sebagai platform untuk menyalurkan suara hati rakyat.


“Justeru saya mencadangkan jajaran jalan berkenaan (Jalan Telipok-Kiulu-Pukak-Pahu-Lokos-Toboh-Randagong). Mengapa jajaran berkenaan? kerana Telipok adalah lokasi Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan ia perlu perhubungan alternatif selain jalan raya yang sedia ada.

Selain itu, beliau juga berjaya memperjuangkan pembinaan “trunk road”yang menghubungkan Kota Kinabalu-Kiulu-Ranau-Tambunan.

Menurut Madius, majoriti penduduk di kawasan itu masih berciri agrarian yang mengamalkan ekonomi berasaskan pertanian, selain kebanyakannya masih terikat kepada pergantungan fasiliti kerajaan dari segi rawatan kesihatan dan pendidikan.

​​​​​​​Beliau berkata jalan raya tersebut bakal mencipta jaringan dan ruang pasaran yang baharu untuk para petani, di samping memudahkan akses untuk menikmati kemudahan sekolah, hospital, klinik dan pelbagai fasiliti asas yang lain.

​​​​​​​Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim berkata Madius sangat komited untuk membawa pembangunan di seluruh kawasan Tuaran supaya menerima limpahan kemajuan dari ibu negeri Kota Kinabalu.

Naib Presiden Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (PEKADIN) Luis Lidong berkata pembangunan yang dibawa oleh Madius di Tuaran terbukti dengan pembinaan Pusat Sains Negara (PSN) pertama di Sabah yang dilengkapi pelbagai kemudahan untuk menarik minat ramai dalam bidang sains dan teknologi di negeri ini. – BERNAMA

Kategori