• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Model Terbaik Memasuki Sudan

oleh Ahmad Albab
28/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Syarikat-syarikat Malaysia perlu meniru jejak Petronas dalam meneroka peluang perniagaan di Sudan, kata seorang pegawai kanan negara itu.

Sudan menawarkan pelbagai projek pelaburan dalam banyak sektor dan syarikat-syarikat Malaysia boleh mendapat manfaat memandangkan hubungan dua hala yang rapat, kata pembantu kepada presiden Sudan, Awad Ahmed Mohammed Elgaz.

Petronas telah berjaya dalam industri minyak dan gas di negara berkenaan dan beliau berharap syarikat-syarikat Malaysia dalam sektor-sektor yang lain akan berminat ke atas Sudan.

“Kami mahu meningkatkan kerjasama memandangkan Sudan ada banyak sumber. Petronas memberikan kerjasama yang baik dengan kami. Kami tidak sabar untuk melihat lebih banyak syarikat-syarikat Malaysia memasuki Sudan, bukan sahaja dalam minyak tetapi juga lain-lain sumber yang kita ada,” Awad memberitahu Bernama dalam satu temu bual di sini.

Sudan menawarkan prospek yang menguntungkan dalam perlombongan, pertanian, pendidikan, makanan halal dan penjagaan kesihatan, katanya.

Awad mencadangkan bahawa kepakaran Malaysia dalam industri makanan halal dan sumber-sumber pertanian Sudan boleh digabungkan bagi mewujudkan eksport berasaskan industri.

“Kita sudah mengenali dan agak biasa antara satu sama lain, maka adalah baik bagi kita untuk mempunyai perkongsian (termasuk dalam sektor bukan minyak),” katanya.

Beberapa projek dijangka menjadi kenyataan, selepas Sudan mendedahkan pelan bagi membangunkan Pulau Suakin yang terletak secara strategik sebagai hab komersial dan pelancongan baharu.

Suakin kini mendapat perhatian berikutan lawatan Presiden Turki Recep Erdogan ke Sudan pada Disember lepas dan satu perjanjian telah ditandatangani untuk pemulihan di pulau tersebut.

Ia merupakan salah satu daripada pelabuhan-pelabuhan yang tertua di Afrika yang memberi perkhidmatan kepada jemaah haji pada zaman Uthmaniyah.

Awad berkata, Suakin yang semakin mendapat perhatian akan membantu Sudan membangunkan kawasan tersebut untuk perniagaan dan pelancongan.

“Suakin mengingatkan kita tentang sejarah dahulu,” katanya sambil menambah bahawa warisannya akan dikembalikan semula.

“Kita mahu menjadikannya sebagai sebuah kawasan pelancongan. Tidak lama lagi, kita akan bina (kemudahan) di laut dan di darat,” kata Awad. – BERNAMA

Tags: petronas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd