• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aaron Sentiasa Awasi Media Sosial Anak-Anak

oleh Haris
28/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK dapat dinafikan, anak-anak kecil kini juga mempunyai pengetahuan yang luas berkenaan telefon pintar dan internet, apabila sejak kecil lagi mereka telah didedahkan dengan teknologi.

Bagaimanapun, mereka ini perlu sentiasa dipantau bagi memastikan mereka tidak melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh yang boleh merosakkan pemikiran dan jati diri mereka.

Justeru, pelakon popular, Datuk Aaron Aziz mengambil pendekatan memantau akaun media sosial tiga orang anaknya iaitu Danish Anaqi, 14, Dwi Ariana,12, dan Dahlia Arissa, 8 dan meminta mereka memahami baik dan buruk serta fungsi media sosial itu sebelum menggunakannya.

“Bila mereka dah faham, baharulah mereka boleh handle sendiri dan tahu menggunakannya.

“Mereka juga kena pandai menjaga diri di dunia media sosial. Tapi, jika ada yang bersifat melampau, mereka terus mengadu pada saya.

“Saya selalu tekankan sosial media adalah perkara yang kita nak kongsi atau sekadar berseronok,” katanya memetik portal Sinar Harian.

Tambahnya, dia dan isteri sentiaa memantau aktiviti media sosial anaknya agar tidak terpenngaruh dengan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan akhlak seperti kisah yang tular baru-baru ini.

Selain itu, Aaron turut mendedahkan dia mendidik anak-anaknya menggunakan telefon pintar dengan hanya memberikan mereka tempoh sejam di laman sosial pada hari persekolahan.

“Buat masa ini, saya dan isteri memang dah pantau dari awal. Kita akan selalu awasi mereka guna sosial media untuk apa. Kadang-kadang, kita juga semak sejarah carian apa yang mereka cari. Alhamdulillah tidak ada apa-apa yang tidak elok.

“Kita juga hanya benarkan mereka menggunakan telefon pintar dalam tempoh sejam sekiranya di hari biasa. Tapi, jika waktu cuti, kita beri sedikit kebebasan.

“Kita juga sentiasa ingatkan perkara wajib jangan dilupakan terutama mengaji dan solat lima waktu. Jika ingkar, kita rampas telefon berkenaan. Alhamdulillah, mereka dengar kata,” ujarnya.

Tambah bintang filem Kau Yang Satu itu lagi, dia sentiasa mengingatkan anak-anaknya tentang beberapa perkara penting sebelum memuat naik sesuatu gambar atau video di media sosial mereka.

Antara syaratnya, sekiranya berpakaian seragam sekolah, mereka tidak sepatutnya memuat naik gambar dan meletakkan lokasi sekolah mereka selain mengingatkan mereka untuk tidak sesekali menyatakan mereka berada di mana dalam media sosial.

Meskipun, ketiga-tiga anaknya aktif di media sosial, Aaron mengakui tidak terfikir untuk  mengupah pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan mereka sambil berkata dia masih mampu menjaga anaknya.

Dalam pada itu, Aaron dan anak bongsunya, Dahlia bakal menjayakan program terbaharu terbitan Astro, Oh My Family! yang turut menampilkan pelakon seperti Azad Jasmin, Rita Rudaini dan Aziz M. Osman bersama anak mereka. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: anakDatuk Aaron Azizpelakon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd