• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Sasar Nilai Jualan Di Halal Fest Singapura RM1 Juta

oleh Ahmad Albab
28/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai jualan di Halal Fest 2018 di Singapura sebanyak RM1 juta berdasarkan potensi besar produk Malaysia di negara jiran itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pemba­ngunan Usahawan dan Koperasi negeri Ismail Mohamed berkata ekspo selama empat hari itu yang bermula Khamis ini, akan melibatkan seramai 49 usahawan tempatan yang akan mempamerkan pelbagai produk.

Katanya usaha FAMA dalam ekspo itu untuk membantu usahawan tempatan meneroka pasaran baharu selain mempromosikan produk baharu buatan Malaysia.

“Pada masa sama, kita dapat meningkatkan kesedaran pengguna mengenai produk agro-makanan jenama Malaysia kepada masyarakat Singapura dan pelancong amnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis simbolik pelepasan usahawan Malaysia ke Halal Fest Singapura 2018, di sini, hari ini.

Selain produk industri asas tani seperti buah-buahan dan makanan yang diproses, makanan kesihatan, produk kecantikan, gaya hidup dan fesyen muslimah akan turut dipamerkan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Pasaran Antarabangsa FAMA Datuk Nazipah Jamaludin berkata pasaran Singapura menjadi fokus utama agensi itu pada tahun ini berikutan lokasinya yang berhampiran dan memudahkan pemantauan dibuat untuk melihat perkembangan usahawan yang terlibat.

Selain Halal Fest, katanya pihaknya juga akan mengadakan beberapa program lain seperti Malaysia Fest dan Halal Food pada November ini. – BERNAMA

Tags: FAMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd