• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan JUITA Kurangkan Beban Penerima Bantuan

oleh Ahmad Albab
26/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Bantuan keperluan asas dan wang saku oleh Pertubuhan Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Johor (JUITA) sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban penerima bantuan di sini.

Yang Dipertua JUITA, Datin Seri Rosni Omar berkata kerjasama bersama jabatan kerajaan itu dilaksanakan bagi mengenal pasti penerima bantuan yang layak dan belum pernah menerima bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta.

“Bantuan yang diberikan juga tidak terhad kepada kaum tetapi meliputi semua masyarakat. Kita berharap program ini akan menjadi pencetus kepada gerakan NGO yang lain untuk sama-sama menggalas tanggungjawab membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

JUITA kini menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi melaksanakan program JUITA Prihatin 2018 yang bertujuan memberikan bantuan kepada golongan asnaf dan berpenyakit kronik.

Program JUITA Prihatin 2018 ini melibatkan 40 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen terpilih di seluruh negeri Johor dengan sasaran penerima seramai 400 orang dan telah bermula pada 23 Mac lalu di Kluang dan akan berlangsung sehingga 6 April 2018 dengan jumlah bantuan bernilai RM80,000.

Penerima bantuan terdiri daripada golongan miskin dari pelbagai bangsa yang menetap di kawasan bandar dan luar bandar yang akan menerima sumbangan berupa wang saku dan barang keperluan harian seperti beras, minyak masak, tepung, dan gula.

Bagi Muhammad Haider Razali, yang lumpuh sejak dua tahun lepas berkata bantuan itu sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kepada keluarganya yang bergantung sepenuhnya kepada pendapatan bapanya, Razali Mori, yang bekerja sebagai pemandu lori.

“Saya lumpuh sebab kemalangan ketika bersekolah darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 3. Sekarang ni nenek yang jaga sebab ayah kerja. Saya nak ucap terima kasih kepada JUITA kerana sudi memberikan bantuan kepada saya dan keluarga,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Perjiranan 9, Taman Air Biru, di sini, hari ini.

Bantuan yang sama turut diberikan kepada Choo Chye Beng, 47, yang bisu akibat strok yang dialaminya sejak lima tahun dahulu.

Seorang lagi penerima bantuan, A. Nirmala, 41, berkata dia amat terharu dengan bantuan yang diberikan dan keprihatinan JUITA terhadap keluarganya yang mempunyai sembilan anak lingkungan 1 hingga 17 tahun sementara suaminya tidak mempunyai pekerjaan tetap. – BERNAMA

Tags: bantuanJUITA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

09/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor memastikan tiada rakyat...

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd