• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Komited Tingkat Hubungan Dengan Sarawak

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING China hari ini menyuarakan komitmennya dalam mengukuhkan kerjasama dengan kerajaan negeri Sarawak khususnya dalam bidang pelancongan.

Perkara ini dinyatakan oleh Konsul Jeneral China di sini, Cheng Guangzhong  dalam  kunjungan hormatnya selama sejam ke atas Menteri Muda Pelancongan Sarawak Lee Kim Shin di pejabat kementerian berkenaan di Bangunan Baitul Makmur, di sini.

Kim Shin berkata perbincangannya dengan Cheng antara lain berkisar kepada usaha-usaha bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara Sarawak dan China khususnya dalam bidang pelancongan, pendidikan dan projek Satu Jalur Satu Jalan(OBOR).

“Saya juga berterima kasih kepada beliau  kerana sudi untuk menjadi penceramah untuk seminar OBOR yang bakal dianjurkan kelak untuk berkongsi mengenai peluang dan cabaran dalam industri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas perjumpaan itu.

Sementara itu  Cheng  yang baru-baru ini  mengambil alih jawatan itu daripada pendahulunya Fu Jin Jun, berkata sebagai konsul jeneral yang baharu beliau akan melakukan yang terbaik bagi memupuk dan mengekalkan hubungan baik yang sedia terjalin antara China dan Sarawak. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Jelaskan Situasi, Dulu Lambakan Graduan Kini Kekurangan Doktor

FB Najib Razak Jelaskan Situasi, Dulu Lambakan Graduan Kini Kekurangan Doktor

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Sistem kontrak sementara bagi graduan perubatan yang diperkenalkan pada Disember 2016 bertujuan menangani peningkatan mendadak jumlah graduan...

Ibu Bapa Cadang Sekolah Ditutup Beberapa Hari, Tetapi IPU Berubah Mengikut Masa Dan Lokasi – Fadhlina

Ibu Bapa Cadang Sekolah Ditutup Beberapa Hari, Tetapi IPU Berubah Mengikut Masa Dan Lokasi – Fadhlina

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, terdapat ibu bapa yang mencadangkan supaya sekolah ditutup terus untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd