• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Komited Tingkat Hubungan Dengan Sarawak

oleh AK-47
22/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING China hari ini menyuarakan komitmennya dalam mengukuhkan kerjasama dengan kerajaan negeri Sarawak khususnya dalam bidang pelancongan.

Perkara ini dinyatakan oleh Konsul Jeneral China di sini, Cheng Guangzhong  dalam  kunjungan hormatnya selama sejam ke atas Menteri Muda Pelancongan Sarawak Lee Kim Shin di pejabat kementerian berkenaan di Bangunan Baitul Makmur, di sini.

Kim Shin berkata perbincangannya dengan Cheng antara lain berkisar kepada usaha-usaha bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara Sarawak dan China khususnya dalam bidang pelancongan, pendidikan dan projek Satu Jalur Satu Jalan(OBOR).

“Saya juga berterima kasih kepada beliau  kerana sudi untuk menjadi penceramah untuk seminar OBOR yang bakal dianjurkan kelak untuk berkongsi mengenai peluang dan cabaran dalam industri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas perjumpaan itu.

Sementara itu  Cheng  yang baru-baru ini  mengambil alih jawatan itu daripada pendahulunya Fu Jin Jun, berkata sebagai konsul jeneral yang baharu beliau akan melakukan yang terbaik bagi memupuk dan mengekalkan hubungan baik yang sedia terjalin antara China dan Sarawak. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Hubungi Sahabat Beliau Vijay, Rancang Kunjungan Ke Tamil Nadu

PM Anwar Hubungi Sahabat Beliau Vijay, Rancang Kunjungan Ke Tamil Nadu

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah berhubung dengan sahabatnya yang juga pelakon popular India,...

Onn Hafiz Dedah Telefon Jadi Sasaran Pengintip – “Semoga Allah SWT Melindungi Kita Semua”

Onn Hafiz Dedah Telefon Jadi Sasaran Pengintip – “Semoga Allah SWT Melindungi Kita Semua”

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa telefon pintar yang dikaitkan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd