• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dulu IG Femes Kini Selebriti Hijabista

oleh AK-47
22/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK dinafikan Live IG dan Insta Story menjadi trend terkini untuk berkongsi aktiviti di media sosial baik di kalangan selebriti sehinggalah kepada pemimpin negara.

Walaupun perkongsian dalam platform media sosial bersifat bebas namun jika dibuat secara berstrategi ia akan memberi impak yang berkesan dalam menyampaikan maklumat.

Skill perkongsian maklumat di Instagram antara diberi keutamaan dalam program Hijabista yang bawakan oleh produk kecantikan Maydan dan disiarkan dalam program Assalamualaikum@9 pada setiap Rabu dan Khamis jam 9 pagi.

Sesi perkongsian ilmu yang berlangsung antara Maydan dan peserta Hijabista baru-baru ini dibuat untuk menambah baik skill penyampaian maklumat di kalangan kelima-lima peserta Hijabista pada setiap hujung minggu.

“Skill berkomunikasi tidak kiralah samada di TV atau di laman sosial seperti Instagram sangat penting untuk menjamin masa depan mereka terutamanya yang menceburkan diri dalam dunia pemasaran” kata pengasas Maydan, Tuan Hj Narhamdan Abd Malek.

Untuk mengikuti perkongsian daripada kelima-lima Hijabista Maydan ini pengguna Instagram boleh mengikuti mereka di Instagram @yunazainal, @ayuhariss, @farahfarhanaaa, @balqissothman dan @shazlinzainal.

Selain penekanan pada skill Komunikasi, minggu ini juga kelima-lima Hijabista menjalani aktiviti yang memacu adrenalin dan menuntut daya tumpuan yang tinggi.

Farah Farhana, Yuna Zainal dan Ayu Haris diberi peluang untuk memandu Drift Karts di BlastaCars Sg Wang Plaza Kuala Lumpur untuk mencuba sendiri cabaran yang diberikan oleh sukan permotoran yang satu-satunya terdapat di Asia Tenggara.

Manakala, Balqis Othman dan Shazlin Zainal pula mengharungi cabaran di hutan dan sungai di hutan lipur Sungai Pisang Selangor. Antara yang dilalui ketika akiviti survival ini ialah mengharungi Sungai,memasak dengan bahan yang disediakan, menyalakan unggun api dan mendirikan khemah.

Kesemua peserta Hijabista menggunakan syampu dan moisturizer Maydan yang mengekalkan kewangian kesegaran rambut walaupun setelah seharian menjalankan aktiviti lasak.

Jangan lupa saksikan slot Hijabista dalam Assalamualaikum@9 setiap Rabu dan Khamis jam 9 pagi di TV AlHijrah. -MYNEWSHUB.CC

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Garah Bantah Sesi Libat Urus Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional, Wakil Penganut Islam Minoriti

Garah Bantah Sesi Libat Urus Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional, Wakil Penganut Islam Minoriti

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Sekretariat Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah) membantah sesi libat urus berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional...

Tunku Mahkota Ismail Terima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan SAM-100PLUS 2025

Tunku Mahkota Ismail Terima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan SAM-100PLUS 2025

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan pada Anugerah SAM-100 PLUS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd