• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Serah Zakat RM17.1 Juta Untuk Selangor

oleh Ahmad Albab
22/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Lembaga Tabung Haji (TH) membayar zakat berjumlah RM17,132,475.58 bagi tahun kewangan berakhir 2017 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam satu majlis ringkas di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Jumlah zakat bagi negeri Selangor oleh TH itu mencatatkan peningkatan sebanyak 13.23 peratus berbanding RM15,130,379.28 pada tahun 2016.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pembayaran zakat itu yang dipersembahkan oleh Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

“TH sentiasa mengutamakan aspek kelestarian ekonomi ummah dan pembayaran zakat bagi meningkatkan kebajikan masyarakat dan membantu meningkatkan kegiatan ekonomi golongan asnaf.

“Pembayaran zakat kepada Pusat Pungutan Zakat di seluruh negara dilakukan agar wang tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya ke arah kemampanan program-program zakat yang mensasarkan golongan asnaf miskin yang layak,” kata Abdul Azeez.

TH seterusnya menjelaskan, jumlah keseluruhan bayaran zakat TH bagi tahun 2017 terus mencatatkan peningkatan sebanyak 12.14 peratus (RM67.6 juta) berbanding tahun sebelumnya, RM60.3 juta.

“Dengan kenaikan ini, TH akan menggiatkan lagi program pengagihan zakat secara terus kepada asnaf-asnaf di seluruh negara melalui program-program tanggungjawab sosial korporatnya,” kata TH. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Tabung HajiZakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak tanggapan bahawa format mesyuarat khas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung...

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd