• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NCD-iS Perkukuh Sistem Kesihatan Cegah Penyakit

oleh Ahmad Albab
22/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan menandatangani perjanjian dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi memulakan satu projek integrasi sistem data saringan kesihatan bagi penyakit tidak berjangkit (NCD-iS).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata projek NCD-iS adalah satu daripada strategi untuk menaik taraf sistem pengumpulan data saringan yang merangkumi data semua komuniti, penjawat awam dan swasta tanpa berlakunya pertindihan data serta mempunyai maklumat tepat bagi faktor risiko penyakit itu di negara ini

“Maklumat ini diperlukan bagi membolehkan liputan saringan bagi pengesanan awal penyakit NCD rakyat Malaysia dapat dipantau setiap tahun dan program intervensi pencegahan yang lebih berkesan dan proaktif,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian Projek Integrasi Data Saringan Kesihatan Penyakit Tidak Berjangkit atau NCD (NCD-iS) di sini, hari ini, Dr Subramaniam berkata projek itu dibangunkan dengan kos RM10 juta itu dan akan siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.

Menurutnya, saringan penyakit NCD ketika ini dijalankan melalui program saringan KOSPEN komuniti, saringan di klinik-klinik kesihatan dan juga saringan dijalankan oleh Perkeso bagi pencarum swasta dan saringan tahunan pekerja oleh DOSH.

“Data-data ini amat penting untuk Kementerian Kesihatan mengetahui peratus sebenar masyarakat yang mempunyai penyakit NCD agar dapat memberi rawatan dan mengawal penyakit itu. Sebagai contoh, kajian menunjukkan 17.5 peratus rakyat di negara ini yang berusia 18 tahun dan ke atas menghidap penyakit diabetes.

“Tapi cuma 9 peratus yang tahu mereka ada diabetes. Jadi kita dalam proses mengetahui siapakah mereka untuk melakukan saringan. Data ini amat penting dan berguna kepada kita,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam yang juga presiden MIC berkata parti itu akan menampilkan gabungan calon muka baharu dan lama yang seimbang bagi bertanding dalam pilihan raya umum ke-14.

“Saya yakin calon-calon ini mampu memberi kemenangan kepada parti dan merampas kembali kerusi yang jatuh kepada pembangkang pada pilihan raya sebelum ini. Saya jangkakan prestasi yang lebih baik kali ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: kesihatanPenyakit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

01/07/2023
0

Kuala Terengganu : Kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang merosot dan kini sedang dirawat di hospital. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Penyakit Misteri Hidung Berdarah Muncul Di Tanzania

Penyakit Misteri Hidung Berdarah Muncul Di Tanzania

14/07/2022
0

DODOMA, TANZANIA – Sejenis penyakit misteri yang menyebabkan simptom seperti demam, sakit kepala, keletihan dan hidung berdarah menular di tenggara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd